05 June 2013

Wirawati sudah pulang.

Hi. Setelah berkurun lamanya private blog dan menghilangkan diri bertapa di dalam Kem PLKN Indera Pahlawan, Maran, Pahang, kini aku sudah pulang. Pulang bersama sebuah kenangan manis yang takkan dapat kat tempat lain. Alhamdulillah.

Amboi. Dulu menangis-nangis tak mahu pergi. Air mata mengalir sepanjang perjalanan dari Selayang ke Maran. Apa cer ni babe?

Tu la orang kata, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal rasa tak suka pula hehehehe pantun salah namanya ni. So omg apesal formal sangat kau neh mim. Okay okay kita menulis gaya santai pula. So everyone macam jumpa aku je semua macam...

"Eh mim how's plkn?"
"Eh mim macam dah hitam je"
"Eh mim ada boyfriend tak kat plkn?"

Soalan yang terakhir tu, TET! Nanti cerita. Hahaha.

PLKN was good. Seriously you guys should go first la before nak cakap pape. Siapa yang tak pergi tu jangan nak memandai kata, PLKN kena buli & all nanti training kaw kaw semua, buat orang takut je dengar tau. Sebab tu masa first aku taknak pergi, sebab semua benda negative je aku dengar pasal PLKN ni. Actually, PLKN BEST GILA OK. Training dia takde sampai kau mampos pun. Haha. Nak cerita, bukannya hari-hari pun kami disuruh kawad. Eleh. Korang saja je kasi gempak kan.

Masa first week kat sana, homesick siot. Biasalah anak manja disuruh duduk dorm. Uruskan makan pakai sendiri. Tapi aku still bertahan, tak nangis. Dapat je phone hari Sabtu, call bonda. Meleleh bhai aku. Cerita semua. Ahad tu parents aku datang. Yay!

Aku ingatkan seminggu duduk kem aku dah mati dah. Rupanya tak. Then hari demi hari, minggu demi minggu, aku dapat biasakan diri. Oya aku kompeni ALPHA. ALPHA menang KKJ weh. Bangga gila aku menjadi sebahagian kompeni ALPHA. Dorm aku ialah dorm paling best in the world. Akulah wirawati dorm alpha 2 nombor katil A2-03. Kahkah comels kan iols bagitau nombor locker sekali. Malays dorm aku 10 orang je, the rest chinese & indians. Ketua dorm aku, Mummy Ain! Haha. Penghuluwati kitorang, Beeha, org first aku jumpa kat kem dan merangkap kawan katil sebelah aku. Semua benda aku share barang dengan dia. Comelzzzzz tak. Ah sekarang dah rindu kem. Rindu kat Mummy, Beeha, Farahin, Shida, Sha, Sofi, Hani, Khira, Yaya, Mis, Nik, Nad, semua wirawati Alpha. Pastu wira Alpha yang rapat dengan aku cthnya Wan, Ammar, Eifan pastu wira-wira lain pastu wira-wira Delta yang comels. Eh asal Delta pulak ini? EH? HAHAHAHA.

Ini kisah benar ok. Kisah wirawati Alpha & Wira Delta. Dia macam musim ok musim. Ini musim semua budak dorm aku nak sangkut kat Wira Delta. Eh syamim eh? Cerita apa ni? Hahaha. Siapa mengikuti Instagram aku mungkin sudah mengetahui aku sudah kahwin. Eh? Dengan Jo Youngmin? Iya. Saja buat gempak je aku ni. Takdelah. Aku ada kawan dengan seseorang tapi tak lebih pun. Doakan yang baik-baik je buat kami. Amin.

Okay la. Aku saja je buat syarat update blog ni. Kang berpenunggu pula blog aku. Sekian saja untuk kali ini. Aku sudah mula merindui suasana kem, suasana dalam surau, berzikir bersama, dengar kuliah segala. Kemudian suasana di dalam kelas, CB1 the best. BK1 the best. PEKERTI3 the best. KN3 the best. Semuanya best. Alpha Bravo Charlie Delta. Rindu dorm, toilet, locker, katil. Rindu tasik. Kahkah. Rindu nak rollcall setiap pagi & malam. Rindu PT pagi. Rindu latihan kawad walaupun trademark geng aku "perempuan gedik takboleh kawad" kahkah mengada gila. Tapi still kawad ok pls. Rindu mentor mentee sebab cikgu Liza lawa hak hak. Rindu riadah petang-petang jogging tasik walaupun aku sebenarnya duduk bersantai di tepi tasik, aku lebih suka menari cha-cha semasa riadah. Ah rindu bercha-cha bersama cikgu-cikgu. Semua pasal kem rindu. Makanan je tak. Hahaha.

Banyak sangat kenangan pahit manis kat kem tu. Seriously. Sekarang baru aku faham kenapa dia kata "Tahniah kerana anda terpilih menyertai PLKN". Kalau you guys dapat next year, pergilah. Orang je kata tak best, mula-mula memang tak best, akhir sekali mesti best. Try to stay positive and enjoy your NS because I do enjoy my national service. That's all for today! Salam.

2 comments:

yui said...

waaahhh cik wirawati...

welcome back =p

syamim said...

Thanks bang yui haha