23 March 2013

Bebelan makcik S.


Ini mungkin entry terakhir/kedua terakhir sebelum aku ke PLKN. Wah. Sebenarnya aku bukannya excited pun nak pergi PLKN, apatah lagi gembira. Aku benci sebab terpilih menyertai PLKN. Siapakah yang mencadangkan orang baik lagi comel seperti aku menyertai PLKN? Siapa? Aku benci. Tapi aku benci mana pon, tak suka mana pon, kena jugak masuk. Bukannya kalau aku kata..

"Aku tak suka ah PLKN ni"
"Em tak suka takpelah, takyah masuk. Nama awak dipotong"

Tidak. Jadi aku belajar untuk redha & pasrah je dengan apa yang berlaku dalam hidup aku neh. Semenjak dah nak berumur 18 tahun ni, banyak perkara yang mengajar aku untuk redha & pasrah saja. Jangan membantah, jangan merungut. Biarlah aku masuk PLKN dengan hati yang tak ikhlas pun, asalkan pasrah. HAHAHA. Kiranya walau apa pun yang terjadi, aku OKAY kan saja. Malas nak layan.

Harini birthday Nazmi. Yay Nazmi dah setahun. Saengil chukha hamnida!! Happy birthday to you!! Selamat hari jadi!! Allah selamatkan kamu!! Gitew. Esok birthday Adik Udin. Jumaat ni birthday aku yang ke dua belas tahun. WAH MUDA GITEW IOLS.



Semalam kan aku mimpi Nichkhun jadi boyfriend aku. Kitorang peluk-peluk HAHAHAHAAHAH mengucap sekarang! Aku pun tak faham kenapa dia masuk mimpi aku padahal aku takde la minat sangat dia, okay ah fine dia handsome tapi cinta aku pada Youngmin lebih besar. Kenapa bukan Youngmin yang masuk dalam mimpi aku? Aneh bukan? Adakah jodoh/bakal suami aku nanti muka macam Nichkhun? Kalau ya, GEMBIRANYA AKU WEI SUAMI HENSEM HAHAHAHAHA.

Hensem semua tu duniawi je, yang penting beriman. Ceh ceh. Poyo gila aku neh. Aku tengah buat apa sekarang neh? Aku sedang download album baru Infinite sambil menulis blog. Wah rajinnya. Wei tahu tak laptop aku rosak. Ye laptop aku yang dibeli oleh bonda ketika aku berumur 14 tahun telah pun selamat jadi arwah. Cis. Beliau telah banyak berjasa kepada aku. Tapi tak mampu di selamatkan lagi. Makanya, terpaksalah kita beli yang baru. KAH KAH KAH. Laptop penting tau. Laptop nak guna download kdrama, video kpop aku, ni semua keperluan batin aku neh. HAHAHAHA. Macam vangang seh aku neh.

Blackberry aku neh layak dicampak ke dinding je sudahlah maxis punya internet sekarang dah mahal lepastu limited pula tu sape nak layan maxis blah la aku nak tukar celcom ke umobile ah camni. Tapi beli hp mahal pun bukannya ada pakwe nak call, takyah ah. Tunggu aku ada pakwe baru aku beli hp mahal, iaitu 100 tahun lagi. Aku tekad umur aku 27 tahun, aku tak kahwin lagi, aku nak pindah seoul pi goda lelaki kpop yang aku suka HAHAHAHAHAHAHA. Semoga impian aku tercapai.

Aku rasa macam dah banyak sangat je aku merepek. Hm. Sorry la. Aku memang camni. Tak boleh nak ubah dah. Orang kata kalau dah tua, tak berubah maknanya takkan berubah. So aku kuat merepek, dah tua, maknanya aku takkan berubah menjadi siuman. Kesian parents aku dapat anak tak siuman macam aku. Sorry ah, sorry.

Ok bye uols kalau aku rasa nak merepek lagi aku update blog. Bye.

No comments: