21 March 2016

Korea - Part 3 (Lotte World)

WARNING : INI MERUPAKAN ENTRY DALAM DRAF TAHUN 2015 HAHAHAHAHAA

Assalamualaikum.

Jadinya kisah kita bersambung lagi yedok? HAHAHAHAHA. Entry ni mungkin pendek je sebab erm aku tak ambik gambar pun hari ketiga ni. Busy jadi jakun. Lawak la tu Mim? Paling lawak ah? HAHAHAHHAA.

Plan asal kitorang nak pergi tempat lain, kiranya Lotte World ni pilihan terakhir ah. Macam kalau kau darurat apa semua baru nak pergi, gittew. Tetiba yelah berlagak kan, taknak pergi konon, macamlah ongkaye sangat tetiap tahun nak repeat datang Korea, sekali seumur hidup je kut. Hari ketiga ni tengok weather forecast, bakal hujan. Kalau nak tahu kat Korea diorang memang ambil tahu benda-benda cuaca ni. Sebab cuaca dia aneh. Kalau hujan tu, sepanjang hari hujan tapi tak lebat pun, renyai-renyai. Tapi duration dia masha Allah sister! Lama gileeeeeee. Lepastu Korea jarang hujan, cuaca dia best je. Hujan kalau masa peralihan musim. Macam aku pergi tu, dari Autumn nak masuk Winter, jadi memang akan hujan!

Pagi tu, hujan renyai-renyai. Dah la memang sejuk, hujan lak tu. Rasa taknak mandi.

Dah breakfast kat guesthouse, kami mengambil keputusan untuk pergi Lotte World sebabnya

1) Lotte World ni ada indoor and outdoor games. Kiranya kalau hujan, we can still enjoy their indoor games. Kalau theme park lain, only ada outdoor games kiranya macam tak sesuai la kan?

2) Kalau nak jalan-jalan kat luar, contohnya Namsan Tower ke apa still tak best. Takleh ambik gambar sebab hujan. Tak dapat enjoy the view. Sejuk lak nak mampos. Mati keras.

Oleh yang demikian, sebulat suara kami menuju ke Lotte World. Kat sana kita pun main-main-main sampai petang dan pulang. Kahkahkah! Macam takda motif entry aku ni. Aku nak cerita pun taktahu, yela theme park kut. Nak cite apa.

OKLAH aku belanja gambar satu keluarga depan Lotte World ni.



Malam itu, kami pergi ke Myeongdong, untuk apa kengkawan?! Ya makan!



Best tau korean foods ni, sedap sangat-sangat! Macam asam pedas orang kite, so kena la dengan tekak. Sedap dia sampai repeat esoknya pun request kat tour guide nak makan kat sini lagi. HAHAHAHA. Makan bersila tau! Korean style sangat! Dah makan amik yakult free owner kedai bagi. Eh baiknya ahjussi ni! Pastu apa kengkawan? PASTU STREET FOODS AGAIN KAHKAHKAH



This is Hotteok kut. Dap ok. 1500won sahaja. Boleh dibeli dimana mana kedai tepi jalan yang anda yakin halal. Aku kan confident je. Semua benda yang aku rasa confident aku makan je. Wahahahahaha.

Pastu kan kite jalan-jalan la lagi. Tengok album kpop, sweater lawa-lawa, banyak tau aktiviti tapi aku cam ingat-ingat lupa dah. Sorry la nyanyuk.

Sekian, aje, bye.

No comments: