26 August 2016

Allah is the best planner.

Assalamualaikum.

Hi everyone. OK not everyone hello you... yes over there.

I am sad. Firstly, aku tak dapat UPU. Rayuan pun tak dapat. Secondly, even kalau dapat sekalipun, I need to study for 4 years for my degree. 3 years diploma + 4 years degree. HAHAHAHA. Bapak lama. Bukan course medic pun, account je kot. But yeah thats the rule, if you're from IPTS like me nak masuk IPTA you cannot apply for credit transfer. So sad :(

And so aku akan sambung degree kat salah satu IPTS under MARA. Sebab aku kan anak MARA gituh. But the thing is MARA also dont have enough fund to give us. Tapi yelah banyak je scholarship lain & pinjaman lain.

Aku sedih, sejak diploma apa yang aku nak mesti tak dapat. Benda yang aku taknak tulah dapat. Contohnya PLKN, aku dapat walaupun aku benci gila aktiviti lasak macamtu. My SPM results was not that bad but still aku tak dapat UPU (the main reason why aku pilih KPTM - sebab MARA). Degree kalini pun sama. Kecewa dia macam taktau la nak kata apa.

I talked to my best guy friend ever tadi, he told me that aku tak patut rasa macamni because Allah is the best planner. I do agree with him. Mungkin apa yang aku nak tu bukanlah terbaik untuk aku, siapalah aku ni kan. Kita cuma merancang tapi Tuhan yang tentukan. I am trying my very best to stay positive and only think about positive things right now. I believe Allah has a better plan for me, the best for me and He knows it all.

InshaAllah.

Kena tetapkan hati belajar betul-betul balas jasa parents sebab my college fees is kinda expensive... Kesian diorang :(

Whatever it is.... good luck everyone! Yang sambung belajar, yang kerja or yang menganggur... rezeki ada dimana mana and setiap kita ada bahagian tersendiri. Cuma cepat atau lambat je. Sending love to everyone out there... teheee~~~ bye!

22 June 2016

Baju Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah separuh bulan kita berpuasa. How's your Ramadhan so far? Puasa kali ni aku puasa kat rumah je dengan family, for the last time kan. Lepasni dah sambung belajar balik tak dapat la puasa full kat rumah. Rinduuuuu! By the way kalau korang tak tahu lagi aku dah habis Diploma and tengah tunggu tawaran sambung degree inshaAllah this September. Aku tak kerja pun sebabnya aku malas dan hm aku malas. HAHAHAHAH. Kawan aku ramai je kerja tapi tu la aku ni memikirkan nak pi sewa rumah bagai transport lagi. Kosser jemah. Tapi kalau nak tu seribu daya je, masalah aku taknak so seribu dalih la jawapan dia? Kahkahkah.

Harini aku nak cakap pasal benda yang sentimental sikit la. Nak dekat raya ni of course semua sibuk buat persiapan raya kan. We, girls of course love this part! SHOPPING! From baju raya to shawls to new heels and handbag. Tak terkecuali lah aku. Setakat ni aku dah shopping jugak sikit-sikit. Tapi tahukah anda di luar sana ramai je orang tak mampu beli 1 baju sekalipun. Bagi kita setakat lebaran collections from those butik berderet kat seksyen 7 tu macam alah pejam mata je, diorang ni nak beli baju kurung biasa pun tak mampu. Sedih kan? Insaf tak?

Bila baca posts pasal orang minta derma pakaian untuk hari raya, hati aku sebak. Aku tengok diri aku balik. I bought 3 baju kurungs already and I feel like I need more. But these people? Nak beli pun takde duit. Tamak kan kita sebagai manusia ni? Kekadang aku rasa macam oh I need that handbag ya ya that one... ZASSS swipe debit card. Pernah tak terfikir ada orang simpan duit dalam plastic bag je sebab tak mampu? Kekadang kita jenjalan window shopping kononnya eh termasuk Victoria's Secret terbeli body lotion bebanyak. Sedangkan ada orang nak mandi pun air kena catu. Tu pun aku kekadang tak puas dan tak bersyukur. Manusia.

Aku pernah baca benda ni but tak ingat kat mana. Bila kita rasa macam tak puas dengan apa kita ada just remember these 3 things in life.

1) If you still ada rumah you patut bersyukur.
2) If you still mampu makan sampai kenyang sendawa burp you patut bersyukur.
3) If you still mampu pakai baju cantik you patut bersyukur.

Coz you know what some people tidur kat jalanan. Ada yang tak mampu makan macam kita. Ada yang bajunya 5 tahun sekali pun belum tentu beli baru. Kita ni? Asal ada SALE ha kat situ la ada muka kita. Huhuhu aku la tu. 

Just a little reminder for everyone and of course, myself. 

Thank you for reading!

12 June 2016

College Life : KPTM Kuantan

Assalamualaikum!

So lately ni ramai yang duk tanya pasal KPTM Kuantan macam mana suasana dia apa facilities yang ado. Jadi mari adik-adik ku! Biar Kakmim explain sikit pasal KPTM Kuantan ni memandangkan Kakmim pernah belajar kat sini and Alhamdulillah dah habis pun. InshaAllah grad tahun ni 2016 yay! Bley kahwin. HAHAHAHAHA

Jadi aku malas nak merepek sebab entry ini sangat serious dan straight to the point gitu. Tapi aku cakap ni baik ke buruk ke seimbang ok! Aku jujur dan telus dalam memberi review. Takde unsur bodek mahupun cover.

Asrama.

KPTM Kuantan punya asrama dalam campus ok gais! Tak macam KPTM lain yang korang kena naik trasnport pergi college. Jalan kaki je pun sampai. Tapi jangan lah kau expect hostel dia sempurna 100%. Ada jugak problem macam air takde kekadang, tapi kekadang jela. Perabot pulak? Semua lengkap from katil meja belajar kerusi tilam dan almari. Tapi masa zaman aku duduk hostel dulu (sem 1 & 2) dia cam takde lah cantik sangat. Tapi hidup je lagi aku neh. Nak cecantik pergi hias bilik sendiri kat rumah okay? Haaaa jadinya zaman sekarang ni taktau lah diorang dah tukar perabot ke belum. My juniors ada nak tolong?

Lecturers.

Yang ni aku macam berat sebelah sikit lah sebab for your information, aku ni student Dip in Accountancy. Jadi aku boleh cakap pasal lecturer aku jela ok? Course lain boleh pergi tanya senior masing-masing. HAHAHAHA. OK I LOVE MY LECTURERS! Bukan bodek tau! But seriously I loveeeeeeeeeeeee them so much. Tak pernah berkira nak ajar kita banyak kali sampai faham. I have a few lecturers yang I memang suka gila tapi taknak la mention nama nanti yang lain terasa hahahahahaha. Tapi disebabkan lecturer account ni takdelah ramai pun so kau akan jumpa balik lecturer yang sama dua tiga kali pada sem akan datang. Thats why you should respect them & tak buat hal! Berkat tahu! And if you're reading this hello madam! Hehehehe

Pinjaman PTPTN/MARA.

Yang ni Kakmim tak berani nak cakap lebih-lebih. Sebab apa? Sebabnya masa zaman aku study dulu MARA tengah kayo rayo. Jadinya kami ni the lucky one sebab dapat pinjaman MARA. Fyi, yuran kat KPTM ni mahal tau. Melainkan ko anak ongkaye lah. Jadinya MARA ni penyelamat aku untuk belajar gitu. Anak-anak MARA where are youuuuuu?! Paling best hujung bulan je semua duk tak sabar bila Dato' MARA ni nak bank in duit dan jadi orang kaya baru kejap. Kejap jela. Kaya kejap miskin lama. PTPTN pun okay sebenarnya cuma bila dah tolak yuran apa semua, berapa lah sangat kan.

MARA = masuk sebulan sekali macam gaji lah kiranya. Usually hujung bulan tu dah boleh beratur depan ATM lah.
PTPTN = masuk sekaligus dan biasanya pertengahan sem (if im not mistaken)

Cuma lately ni kan MARA macam ada problem and i don't know if benda ni dah settle ke belum. But kalau rasa mampu guna lah pinjaman PAMA (papa & mama) hehehehehehe. Tapi inshaAllah nak belajar kan Allah pasti akan bukakkan jalan untuk adik-adikku gituuuu.

Tips.

Yang ni bonus. Our juniors are very lucky! Sebab apa? Sebab KPTM Kuantan dah cantik tau! Kita dah ada main building baru siap tahun ni & tak pakai lagi. Kitorang tak sempat rasmikan pun :( So basically kita ada berapa eh building sabar jap aku kira dalam hati. HAHAHAAHA.

Ok so tips for you guys yang nak score for Diploma!

1) Assignment & tutorials jangan lupa buat dan HANTAR!
2) Jaga hubungan baik dengan lecturer.
3) Nak bercinta boleh tapi jangan abaikan study. 
4) Jangan berjoli sakan sampai skip class. (Wow padahal aku skip je class dan pergi ECM makan sushi dengan member?)
5) Jaga hubungan dengan Allah :) huhu 

Macam takde guna je tips neh kan? But whateverrrrrrrrrrrrrrrr. Yang penting ingat ni je, our parents are working their ass off to provide us proper education takkan you nak tengok diorang kecewa bila you main-main dan hampakan harapan diorang. Okay? Okay?

Sekian sahaja.

Apa-apa soalan boleh bertanyakan di bahagian comment a.k.a kaunter pertanyaan dibawah. Satu soalan aku charge seringgit sahaja. Kahkah. Gurau je tanya la pape pun nanti Kakmim jawab. Kalau nak lebih cepat (sebab aku bukak blog kekadang jewww) bolehlah direct ke twitter @izsyamim ataupun instagram @iznsymm . Thanks! And have a nice day!