21 March 2013

Result SPM kita.


Assalamualaikum. Hi. Fuh.

From left ; Izzati, Me, Fatin, Affat, Najwa.
Muka tengah nervous masani jangan harap ah aku nak senyum comel-comel.
Muka selekeh je aku bagi, padan muka!


Satu lagi hari paling mendebarkan selama 18 tahun aku hidup telahpun berlalu. Alhamdulillah. Syukur padamu Ya Allah. The best day ever. Aku sangat happy & mood aku sangat cantek hingga membawa kepada menulis blog.

Pagi tu aku mula nervous. Jangan cerita la, tak berhenti aku berdoa. HAHAHA. Tulah orang kata kan, bila susah baru ingat tuhan. Cis. Terasa haku. Malam sebelum tu aku relax lagi, selamba kodok aku je. Pagi tu macam nak pecah perut aku, nak muntah semua ada. Pukul 9 lebih, Affat datang rumah. Pastu aku drive ((yes bebz aku drive pada hari ambik result sungguh mencabar)) pergi rumah Najwa. Tunggu dia jemur kain jap, lepak-lepak tunggu si Izzati & Fatin. Dorang sampai je, angkut semua berlima naik kereta viva aku hahaha cam sardin. Ingatkan nak gi breakfast kat kfc tapi aku dah takde selera pulak, nervous punya pasal. Terus gi sekolah. Dengan selamba yaya aku parking dalam kawasan sekolah macam boss. HAHAHA. Turun je kereta pergi dewan. Cikgu kata pukul 11 keluar. Masatu baru 10 lebih. Melepak dulu. Izzati cuba check guna sms, takde reply. Line busy kot.

Pastu pergi dewan, ambik tempat duduk. Dengar ucapan-ucapan. Yay, 95s. Kita punya peratus meningkat apatah tak pasti yang aku dengar nombor 4 dalam selangor ke hulu selangor i dont know ah kan. Pastu dia umumkan sape dapat 6A 7A 8A 9A 10A. The best student mestilah Wai Chen. Dari form 1 dia jelah. Masa SPM duduk sebelah aku. Tempias tu tempias hahaha. Dia dapat 9A+ 1A solid. Wow. Genius. Bangga jadi classmate dia hahahaha.

Pastu masa umumkan 6As tu aku cam dup dap dup dap nak terkeluar jantung apa semua. Tetiba dengar nama Athirah. FUHYOOOO CONGRATS BBY ATHIRAH HANIM OMG MY ABANG HA. TEMAN SEJATI BELAJAR MATHS. Aku tepuk kuat-kuat for my baby. Selang beberapa nama...

"Okay seterusnya..... Izaan Syamim binti......."

Kawan-kawan aku semua macam

"WEH MIM KAUUUU MIM AAAAA CONGRATS AAAAA"

Aku blur nak mampos terus peluk fatin dan terus naik stage. Atas stage pengetua nak peluk aku, aku cam blur gila. Aku cam taktau nak buat apa. Ha ha. Dah turun tu baru aku jadi normal. Nampak athirah aku macam AAAAAAAAAAAAAAAAA athirah kita dapat naik stage huk huk. Masa aku turun tu, nama Affat diumumkan. Yay omg so proud bebeh masa trials kitorang dapat 5A, sama. Masa SPM dapat 6A, pun sama. Memang bestfriend forever la. Omg best sangat perasaan tu. I love you fat!! Ainina dapat 9A 1B. Nurin 7A kot. Najwa 5A. Izzati dengan Fatin 4A/3A. Awwww okaylah kan. My girls <3 happy="" nbsp="" p="" sangat.="">
Please, aku tak nangis okay. Serious macho gila. Lepastu call bonda nak bagitau, MELELEH AIR MATA GUA. Call ayah nak bagitau, MELELEH AIR MATA GUA. Ayah & Bonda orang pertama aku bagitau. Kah kah kah. Macho seh aku neh.

Paling tak sangka sejarah aku A weh. A solid tau. Aku ingatkan dapat C. Sebab masa SPM tu, aku punya soalan essay, 20 markah, aku tersalah buat. Aku pasrah habis masatu. Dan account yang aku selalu dapat D, aku dapat B+ muehehehe nape tak A- terus cis.

Then tak sempat pun sembang dengan member. Aku dengan Affat dah lapar. Terus pergi kat kereta. Kitorang berlima pun pergi makan. Malon & Samie pun join sekali awwww best sangat. Pastu tu je ah.

Kesimpulannya, aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. Terima kasih Ya Allah sebab bagi aku peluang untuk rasa happy harini. Walaupun tidak sebagus orang lain, tidak secemerlang orang lain tapi aku bersyukur. Aku percaya rezeki aku kat tempat lain masih ada dan aku akan terus berusaha. Aku pun gembira dapat tengok parents aku happy dengan result aku. Diorang okay saja. Diorang msg aku before that "Apa pun result kakak, bonda & ayah accept je. Kakak dah buat yang terbaik" Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya aku dapat tebus balik kekecewaan aku masa PMR. Seriously. Aku sangat happy walaupun tak seberapa result aku. Dan untuk korang yang lain jangan putus asa, kita semua dah buat yang terbaik. Sekarang ni kita tumpukan pada masa depan. Tak semestinya kamu cemerlang sekarang, kamu cemerlang selamanya. Pasti ada bahagian rezeki untuk kamu. Allah itu maha Adil. Sekian, kbye.

*paling happy sebab dah janji dengan affat nak naik stage sama-sama & dapat jugak naik omg kitorang mmg ada jodoh ah leb yu bebigurl*

5 comments:

||Sis aLeaSaRa|| said...

alhamdulillah tahniah excited lak akk baca entri ni ^^ all the best tau!

Cik Lilo said...

Sis Alea ; Alhamdulillah thanks kakak!

mizz syarz said...

Congrates Amim ~Huhu

X.a.n.a said...

congrate sis!

Cik Lilo said...

Miss Syarz ; Thank you!

Xana ; Thank you ;)