18 March 2013

d-3


Hi guys! What day is today? Monday. So yeah semua orang tahu kan Khamis ni......... YES SPM RESULTS. Okay aku cam nervous pulak tetiba tu yang tulis blog tu. Aku cuba untuk jadi positif untuk beberapa hari ni yknow like yakinkan diri aku yang everything is fine, everything is gonna be okay, alright, semua tulah. Aku taknak fikir negatif, setiap kata tu kan doa. Aku cuma cakap pada diri sendiri bahawa aku dah buat yang terbaik, aku dah study, aku dah usaha, aku dah buat semuanya. Ada rezeki aku, adalah, takde rezeki, redha jelah.

1 - Kalau result aku bagus/capai target, Alhamdulillah.
2 - Kalau tak berapa bagus, terima jelah. Bersyukur saja.

Everything happens for a reason. Mungkin bukan sekarang aku berjaya. Mungkin nanti. Mungkin. Kita taktahu rezeki kita cemana kan. Tapi yang penting aku berharap yang baik-baik sahaja. Untuk aku, untuk kawan-kawan aku. Semoga kita semua 95s dapat membanggakan ibu bapa & pihak sekolah.

Yang paling penting, aku taknak pi sekolah sorang-sorang HAHAHAHAHAHA nanti sampai depan pagar aku dah pengsan. Aku suruh semua girlfriends aku lepak rumah aku dulu, gi sama-sama. Cuak aku. Taktau ah samada nak drive pergi sekolah sendiri or suruh parents hantar. Aku taknak parents aku ikut gi sekolah, bertambah nervous aku jadinya. Tapi kalau drive sendiri nanti, bila dah dapat result, menangis huehuehue, dah tak mampu nak drive pulak. Dilema aku dibuatnya. Tapi lebih baik aku drive sendiri kot. Kang ayah hantar, maunya aku menangis dulu nak turun kereta. Aku ni kan memang emosi kalau bab mak bapak ni hahahahahaha. Dahla. Aku cam makin nervous pulak bila tulis blog ni. Bye uols. Doakan saya & kawan-kawan dapat melalui hari Khamis ni dengan gembira. Much love.

No comments: