25 October 2020

Life Update! 2020


Heluuu.

As usual, I think I have to write down few things so I can read it again in the future. Maybe when I am 30 years old, when I am 45, or even 50. My kids and future partner can take a look of what young Syamim did back then. Hahaha.

Quick one okay.

1) I am 25 years old this year. Yeap. Still young, cute and funny. I know.

2) Graduated, been working for two years already. Oh how I miss being a student. The only thing to think about is assignment & which class to skip. Bahahahaha. Adulting sucks, I don't know how to explain about it. I always thought that being an adult means you have your life figured out in some way, hm such a clown.

3) Not married yet. I was in a relationship for almost 5 years, since I was 19 until 23. We broke up during my final year of degree and yeah. That's all. Been single for about two years now. I can't believe I managed to survive without a boyfriend. Like being independent? Me? HAHAHAHA. I guess God is testing me in so many ways, but Alhamdulillah. I am grateful. Its okay to be single than being in a wrong relationship. Okay girls?

4) I've been gaining weight since last year. I know righttttt. Here's some pictures (untuk kenangan di hari tua)


5) I masih suka warna pink. Masih suka shopping. Masih suka habiskan duit dengan benda tak berfaedah. Masih suka cakap benda bodoh. Contohnya, entry ni pun takde faedah. Kau pikir kau artis? Tapi who cares. Ni blog siapa cakap lah sekarang. Blog I. Wekkkk.

Oklah macam biasa kita akan tamatkan entry secara tetiba. Annyeong.




 

23 October 2020

I am finally back!!!!!!!!!!!!

 Hi everyoneeeeeeeeeeeeeeee.

Oh my gosh. Oh. My. Gosh. OMG!

So I dah lama nak login blog sebab I ada banyak pending entry kat dalam draft. Tapi masalahnya perempuan jenis pelupa macam I ni lupa password. Ni dah kali ke berapa entah I reset password blog ni. Masalahnya I nak login email pun dah terlupa. Ya Allah stress mak jemah.

I nak tulis my life update sebab I rasa I dah lama tak ingat benda-benda best dalam hidup ni. My life has been a rollercoaster ride for the past two months. If you still don't know, I am now officially an entrepreneur. HAHAHHAHAHA. Sounds so funny. But yeah. I'm currently working full time (still at the same place as two years ago, well its kinda boring so I don't want to talk about it) & I am launching my product - soon, like real soon.


Okay! Its an air freshener, like you boleh letak dalam kereta, toilet, bilik, ruang tamu eh mana mana lahhhhh. Anyway, I dah start jual to my close friends & Alhamdulillah the feedback was really good! Until now, we have few agents too! So sooo excited to launch my own brand - MILINA. I know, I know. I am just obsessed with M. From Mim. Miley (my car) and MILINA. I don't know, its just Meant to be. Tibahh kau. Banyak pulak life update I kan sebab yelah dah lama tak tulis blog.

Okay so I rasa I nak buat separate entry lah to why I decided to sell MILINA. Dia cam random gila, best tapi sedikit menyesal sebab I asyik stress pikir pasal business. At the same time I kena perform jugak kat company I kerja. Siang kerja office, malam buat business. Macamtu lah nak cari rezeki. Siapa lagi nak bagi duit kalau bukan diri sendiri. Kita ni dah la banyak nafsu shopping. Hehehehe.

Another life update: STATUS, still single. Available & still searching for the right one. Taktahu pulak nak cari life partner ni susah ek. Dulu kalau ko single, aq single, jom ah kapel. Tapi sekarang alahaiiii nak reply whatsapp pun aku ni susah. Nak dating pun takde masa dah. Susah sangat nanti I suruh parents je carikan jodoh. Indahnya disayangi, tiber!

Macam biasa I akan habiskan entry tergantung macamni sebab ni kan blog I so suka hati lah nak tulis apa pun. Bye geng.




30 January 2020

Melaka Trip with Girlfriends

Hi semua.
Yang Berbahagia, sidang hadirin yang dihormati, ok ok secara seriousnya.

Baru-baru ni yang taklah baru sangat. Mungkin 3 bulan lepas kot. My friends and I went to Malacca for a short trip. Pergi sehari je. Motif dia untuk makan dan enjoy. Ye itu jelah kerja aku. Enjoy, enjoy, enjoy! Hilangkan rasa rasa curiga, duka dan nestapaaaa. Mari kita menyanyi lagu sha na na na naaaa! Keputusan untuk pergi ke Melaka dibuat dalam masa 1 minit sahaja ya. I tanya my friend nak gi Melaka tak? Dorang semua cakap ON. So simple kan? Terus masing-masing bagi idea apa nak buat. So I pun list down apa diorang semua nak.

Friend 1: Nak makan kuih keria & coconut shake.
Friend 2: Nak makan asam pedas.
Friend 3: Nak breakfast daging salai kat Negeri Sembilan (dah otw)
Syamim: Nak ootd kat Bangunan Merah kat Melaka tu untuk Instagram dan beli dodol.

Ya. We been knew. Aku lah paling bimbo sekali. So adakah trip kalini menepati objective dan memuaskan hati semua pihak? Mari baca summary di bawah. 


1) Breakfast daging salai tak dapat sebab kawan I tak buat homework dia. Kedai tu tak bukak lagi masa kitorang sampai. So kitorang pusing-pusing area Rembau most wanted yo then ternampak satu kedai ni cam ramai je orang cam onz je kan. So rupanya ada roti canai puting beliung ribut taufan amende namanya. Dia roti telur, kuah banjir, telur separuh masak dua biji dia bubuh kat atas. Rasa dia? Mantap bro. Murah pulak tu memang berbaloi. Takde satu penyesalan pun di situ ye.


2) Ambik gambar gambar bangunan merah. Done.

Perangai acah diva tetap dibawa kemana-mana.
Ada aku kisah?



3) Lunch asam pedas bagi memuaskan hati semua pihak. Sedap tapi harga minta nyawa. Rasa nak puasa sebulan lepas bayar makanan ni. Aku nangis. Semua nangis. Mahal nak mampos. Depan kedai ni ada jual dodol sedap. Aku beli. Tak menyesal sangat.

4) Lepas lunch kitorang pergi Klebang. Makan kuih keria & minum coconut shake. Tapi gambar takde sebab rasanya aku buat boomerang kat Instagram je hahahahahah.


5) In conclusion, semua telah berpuas hati dengan trip ni. Makan dapat, duit habis dapat, penat pun dapat. Sekian, terima kasih.