Hi. Apa khabar uols? Saya sihat saja. Saya sedang mengalami stress sejak akhir-akhir ini. Aku ni jarang stress orangnya. Hidup aku sentiasa happy. Kalau ada probs pun aku cuba settlekan sendiri atau cuba buat-buat tak ingat. Kalau sakit hati dengan orang pun, aku relax je. Boleh dikatakan aku ni jenis yang tak dulik apa nak jadi. Tapi sekali aku dah stress, HAH HAMBEK KAU. Boleh mengundang amukan tsunami sekiranya kamu cuba-cuba menaikkan darah aku. Hahaha. Buruk benar perangai.
Heh. Aku tak dapat matriks & UPU. Sangat menyedihkan bukan bunyinya? Rayuan matriks pun tak dapat. Now tengah tunggu rayuan UPU. Aku redha je kalau tak dapat jugak. First masa dapat tahu tak dapat tu, boleh dikatakan kecewa gila ah. Rasa cam tak berbaloi. Aku rasa result SPM aku taklah teruk sangat. Tapi taklah cemerlang sangat. Maybe bukan rezeki aku. Maybe Allah has a better plan for me, who knows. So aku & Najwa dah decide kalau tak dapat jugak IPTA, kitorang nak pergi KPTM Kuantan. Mujur dapat tempat sama. Aku malas nak berharap kat rayuan UPU ni. Aku takut aku kecewa. Dengan orang semua mula bertanya aku study mana sekarang dan mula memandang rendah terhadap aku. Aduh. Sorry ah tak dapat masuk Uni lagi, sorry ah!
Aku cuba sedapkan hati sendiri dengan berkata, belajar kat mana-mana pun sama je, asalkan belajar! Yep. Tulah yang aku cuba tanam dalam kepala otak aku yang dah terlalu banyak benda negatif ni kerana terlalu memikirkan pandangan serong masyarakat terhadap ku. Aku akan cuba yang terbaik. Kat mana-mana pun sama je asalkan niat nak cari ilmu. Ah, aku stress la cakap pasal ni! Aku rasa down gila ah. Haih.
Dan aku percaya, everything happens for a reason. Ada hikmahnya. Lambat atau cepat je kita sedar apa hikmah dia. Stay positive! Apapun, all the best untuk semua yang dah sambung belajar! Aku hujung bulan ni la nampaknya. Ah tak sabar nak study. Aku dah bosan gila duduk rumah takde aktiviti. Nasib baik pi PLKN haritu. Kalau tak boleh mati bosan aku kat rumah ni. Aktiviti sama je. Tidur makan tengok tv online jaga adik. Heh.
Oh itu saja. Bye!
No comments:
Post a Comment