14 June 2013

Random post.

Hi. Tahap kebosanan aku telah mencapai tahap maksima. Boleh mengundang perasaan ingin berenang gaya bebas ke Seoul, Korea dan berkahwin dengan lelaki kpop. Wah over tau dak samim ni. Dia memang macam tu. Selalu over.

Nak share pasal apa?

Takde benda untuk dikongsikan dengan anda. Oh rasanya macam ada.

Girlfriends saya dah sambung belajar! Affat telah ke keyempipi. Euw bajet. KMPP. Matriks penang. Semoga dia dapat survive disana dan tidak menjadi anak manja lagi. Semoga dia bertemu jodoh yang kacak. Semoga dapat belajar dengan tenang. Hahaha. Si Fatin pulak ke KPTM Bangi. Si Izzati ke Matriks Perlis. Aku & Najwa, kitorang ke Kuantan la nampaknya. Tempat sama. In shaa Allah Lawak gila do sembang dengan diorang kat WeChat group. Duk meroyan nyanyi lagu PLKN pastu lupa lirik. Pastu meroyan nyanyi lagu apetah lagi pastu sengau. Pastu sembang benda-benda tak berfaedah. Membebel tak habis-habis. Nanti bila tah nak jumpa balik. Bila jumpa balik semua makin dewasa. Hah. Rindunya zaman remaja kita. Zaman dimana tiada perasaan mahu jadi dewasa. Zaman sekolah yang totally awesome. Zaman dimana setiap kali jumpa, cerita pasal homework, pasal senior form 6 yang menjengkelkan ((oops but not all ok, ada setengah je), pasal tuition, pasal juniors yang comels nak buat stok anak ikan, kahkah! Sekarang apa? Jumpa je cerita pasal kerja, sambung belajar, bakal suami, nak gi holiday mana masa cuti sem. Gaya dewasa.

Yela, makin dewasa makin banyak perubahan dia. Walaupun aku masih di takuk lama, tidak meninggi, EH AKU STRESS LA CAKAP PASAL TINGGI NI. Aku redha ah. Aku pasghah! k0 hEngAt k0 tiNgGi sGt kEwww . . . bye i minah rempz ok bye.

Oya! Aku sudah semakin berani memandu. Haha. Walaupun pada mula nak ambik lesen haritu aku menangis-nangis takut nak drive, sekarang aku macam okay sikit la. Terjauh aku pernah drive sendiri ialah Putrajaya. Tu paling jauh ah. Paling dekat, hantar adik aku pi sekolah. Wakaka. Belum cukup maju lagi. Tunggu la dalam 2 3 tahun lagi mungkin aku sudah memandu hingga ke Australia. Over lagi.

Aku mengidam burger bakar ni. Takde siapa nak bawak aku pergi makan burger bakar abam burn ni. Nak nangis rasanya. Hiba sangat-sangat tak dapat makan burger bakar. Rasa macam kena tikam dengan pisau pemotong daging, argh sebaknya! OVER KAN.

EH bye.



No comments: