12 June 2016

College Life : KPTM Kuantan

Assalamualaikum!

So lately ni ramai yang duk tanya pasal KPTM Kuantan macam mana suasana dia apa facilities yang ado. Jadi mari adik-adik ku! Biar Kakmim explain sikit pasal KPTM Kuantan ni memandangkan Kakmim pernah belajar kat sini and Alhamdulillah dah habis pun. InshaAllah grad tahun ni 2016 yay! Bley kahwin. HAHAHAHAHA

Jadi aku malas nak merepek sebab entry ini sangat serious dan straight to the point gitu. Tapi aku cakap ni baik ke buruk ke seimbang ok! Aku jujur dan telus dalam memberi review. Takde unsur bodek mahupun cover.

Asrama.

KPTM Kuantan punya asrama dalam campus ok gais! Tak macam KPTM lain yang korang kena naik trasnport pergi college. Jalan kaki je pun sampai. Tapi jangan lah kau expect hostel dia sempurna 100%. Ada jugak problem macam air takde kekadang, tapi kekadang jela. Perabot pulak? Semua lengkap from katil meja belajar kerusi tilam dan almari. Tapi masa zaman aku duduk hostel dulu (sem 1 & 2) dia cam takde lah cantik sangat. Tapi hidup je lagi aku neh. Nak cecantik pergi hias bilik sendiri kat rumah okay? Haaaa jadinya zaman sekarang ni taktau lah diorang dah tukar perabot ke belum. My juniors ada nak tolong?

Lecturers.

Yang ni aku macam berat sebelah sikit lah sebab for your information, aku ni student Dip in Accountancy. Jadi aku boleh cakap pasal lecturer aku jela ok? Course lain boleh pergi tanya senior masing-masing. HAHAHAHA. OK I LOVE MY LECTURERS! Bukan bodek tau! But seriously I loveeeeeeeeeeeee them so much. Tak pernah berkira nak ajar kita banyak kali sampai faham. I have a few lecturers yang I memang suka gila tapi taknak la mention nama nanti yang lain terasa hahahahahaha. Tapi disebabkan lecturer account ni takdelah ramai pun so kau akan jumpa balik lecturer yang sama dua tiga kali pada sem akan datang. Thats why you should respect them & tak buat hal! Berkat tahu! And if you're reading this hello madam! Hehehehe

Pinjaman PTPTN/MARA.

Yang ni Kakmim tak berani nak cakap lebih-lebih. Sebab apa? Sebabnya masa zaman aku study dulu MARA tengah kayo rayo. Jadinya kami ni the lucky one sebab dapat pinjaman MARA. Fyi, yuran kat KPTM ni mahal tau. Melainkan ko anak ongkaye lah. Jadinya MARA ni penyelamat aku untuk belajar gitu. Anak-anak MARA where are youuuuuu?! Paling best hujung bulan je semua duk tak sabar bila Dato' MARA ni nak bank in duit dan jadi orang kaya baru kejap. Kejap jela. Kaya kejap miskin lama. PTPTN pun okay sebenarnya cuma bila dah tolak yuran apa semua, berapa lah sangat kan.

MARA = masuk sebulan sekali macam gaji lah kiranya. Usually hujung bulan tu dah boleh beratur depan ATM lah.
PTPTN = masuk sekaligus dan biasanya pertengahan sem (if im not mistaken)

Cuma lately ni kan MARA macam ada problem and i don't know if benda ni dah settle ke belum. But kalau rasa mampu guna lah pinjaman PAMA (papa & mama) hehehehehehe. Tapi inshaAllah nak belajar kan Allah pasti akan bukakkan jalan untuk adik-adikku gituuuu.

Tips.

Yang ni bonus. Our juniors are very lucky! Sebab apa? Sebab KPTM Kuantan dah cantik tau! Kita dah ada main building baru siap tahun ni & tak pakai lagi. Kitorang tak sempat rasmikan pun :( So basically kita ada berapa eh building sabar jap aku kira dalam hati. HAHAHAAHA.

Ok so tips for you guys yang nak score for Diploma!

1) Assignment & tutorials jangan lupa buat dan HANTAR!
2) Jaga hubungan baik dengan lecturer.
3) Nak bercinta boleh tapi jangan abaikan study. 
4) Jangan berjoli sakan sampai skip class. (Wow padahal aku skip je class dan pergi ECM makan sushi dengan member?)
5) Jaga hubungan dengan Allah :) huhu 

Macam takde guna je tips neh kan? But whateverrrrrrrrrrrrrrrr. Yang penting ingat ni je, our parents are working their ass off to provide us proper education takkan you nak tengok diorang kecewa bila you main-main dan hampakan harapan diorang. Okay? Okay?

Sekian sahaja.

Apa-apa soalan boleh bertanyakan di bahagian comment a.k.a kaunter pertanyaan dibawah. Satu soalan aku charge seringgit sahaja. Kahkah. Gurau je tanya la pape pun nanti Kakmim jawab. Kalau nak lebih cepat (sebab aku bukak blog kekadang jewww) bolehlah direct ke twitter @izsyamim ataupun instagram @iznsymm . Thanks! And have a nice day!



14 comments:

Haziqah Muhamad said...

Dah lama follow belog awak tapi tak pernah berkesempatan nak komen. Hehe. Seronoknya belajar lagi. Lagi seronok sebab dapat pinjaman MARA. Hehehe. Rindu zaman study dulu.

Cik Lilo said...

Haziqah : Thank you for following me! Hehehe kan rindu kan. Zaman belajar ni best

hafizah izatty said...

Salam kak... berapa orang sebilik dan kalau daftar sama dengan kawan boleh dapat sebilik ke?

Cik Lilo said...

Hafizah ; Sorry for the very late reply! You daftar already eh? Sebilik 2 orang boleh pilih kawan

Unknown said...

Hai dik..adk akk bru msok..tp Ade kisah serm tentg asrma..btol ke?rsau plak akk..

Unknown said...

Hai dik..adk akk bru msok..tp Ade kisah serm tentg asrma..btol ke?rsau plak akk..

Cik Lilo said...

Ever Bumi : Hi... Kalau pasal tu taktau la kak masa saya duduk sana ok ok je

Anonymous said...

Assalam...sy nk tanya borang yg set B perlu diisi kdua2 ka..mara d ptptn??d salinan kad bank apa erk dia nak??

Anonymous said...

Assalam...sy nk tanya borang yg set B perlu diisi kdua2 ka..mara d ptptn??d salinan kad bank apa erk dia nak??

Anonymous said...

student boleh duduk luar tak?

Cik Lilo said...

Boleh duduk luar. Tapi sem 1 & 2 kena duduk hostel.

Unknown said...

Assalamualaikum, nk tanya... kptm ni nk wat pinjaman mara ni mcm mana ye? saya belum masuk lagi, cuma baru dapat tawaran.

Anonymous said...

Yuran bulanan asrama brapa?

Anonymous said...

Lecturer kptm main bomoh nak tengok student sendiri sakit.