Hello how's life? Mine was good! So baru-baru ni iols telah tengok satu cite korea baru, Please Come Back Mister! tajuk dia. OK fine semua orang busy nak tengok cite DOTS kan, tapi aku ni mana suka sama dengan orang jadi aku tengok cite lain dulu wahahahahaha ceh padahal aku memang nak tengok cite Please Comeback Mister ni sebab ada Rain uols. Handsome nak mampos. Nak cuddle please abang Rainnnnn! Gurau je. Okay mari aku ulas sedikit tentang cerita ini. Sebelum itu, drama ni ada 16 episode kesemuanya, jadi meh kita preview drama ni pasal apa sebenarnya.
Ada dua orang lelaki nama dia, Han Gi Tak dan Young Soo. Diorang ni dah mati, pastu mati waktu yang sama. Masa kengkonon dorang on the way balik Heaven tu, diorang terjun dari kereta api yang kenkonon bawak gi heaven tu lah. Sebab diorang tak puas hati dengan kematian diorang and nak betulkan keadaan kat bumi. Diorang diberi masa 2 bulan untuk buat semua tu. So dorang balik ke dunia sebagai Hong Nan dan Lee Hae Joon. Han Gi Tak ni jadi perempuan la bila balik ke bumi. Memang lawak weiiiii! Tapi diorang takleh reveal diri sendiri. Ada lah plot cite dia yang nanti berkait rapat. Aku malas nak kasi tau. Korang kena tengok sendiri jangan malas!
Comment saya?
Plot.
It was good! Dia ada semua nilai-nilai murni yang patut ada dalam diri kita. Contohnya, kesetiaan kat pasangan, bertanggungjawab pada family, berkorban untuk orang tersayang, protect keluarga dari apa pun dan semangat setia kawan! Begituuuuuuu! Dah macam PMR punya soalan exam. Tapi secara seriousnya, betul ok. Dia bukan typical kisah cinta. Bukan jugak kahwin paksa dengan anak ongkaye macam cite Melayu bosan. HAHAHAHAHA. Cerita ni lawak ada, sedih ada, semua ada.
Pelakon.
COMELLLLLLLLLLL! KAN DAH KATA ADA RAIN SO MAU BAGI BERAPA BINTANG YAAAAA?????!!
Warning.
Please beli tissue bebanyak ok sebab bila dah start episod 10 ke atas tu asyik sedih je dan memang nak nangis jelah kerja aku. Episode 13 paling sedeyyyyy weh! Aku menangis selama sejam tengok cite tu. Bengkak mata aku. Pastu mak aku ingat aku gaduh dengan boyfriend wakakakakakaka sumpah sedih. Lagi sedih bila time diorang dah nak kena balik heaven tu. Uwaaaaa rasa nak meraung.
Btw iols tengah busy buat report for my industrial training! Oh god! Berputar kepala otak aku fikir ayat English best-best dan power supaya Academic Supervisor aku kagum dengan aku. Masa macam ni la baru terasa yang aku ni lembab hahahahahaha. Dan weekend ni aku ada wedding uols! Dah 21 ni member semua nak kahwin like hoi aku buat apa sekarang ni? Btw korang ingat tak aku pernah masuk PLKN? Kalau lupa tolong scroll down dan baca pengalaman aku kat dalam hutan ok. Syiok habis berhitam-hitaman dan menjadi lasak. Sungguh luar biasa. Macam BUKAN aku. OK nak cakap yang budak dorm aku ramai dah kahwin/nak kahwin. Dua orang tengah pregnant tunggu masa nak bersalin, lagi 3 orang nak kahwin tahun ni. Weekend ni aku pergi wedding member aku tulah. Bapak terkejut aku dapat invitation. Whateverrrr~~~~ Rasa tua ok.
Dengan itu, aku habiskan entry ini secara tetiba kerana aku busy nak fikir baju apa nak pakai weekend ni. Bye.
No comments:
Post a Comment