15 April 2016

Belated birthday.

Assalamualaikum.

Ok gais mari kita naik roket bersama dan kembali ke masa lampau yeaaarghhhhh!!!! Pakai seatbelt ok sebarang kecederaan tidak mendapat insurans. OK SAMPAI 2 April 2016. Turun turun. Turun ya semuanya! Hari ini kakmim ingin throwback kepada salah satu hari paling menggembirakan dalam dunia percintaan kakmim. HAHAHAHAHA muntah la skang! Aku ada banyak lagi ayat geli nak tulis ni.

Pagi.

Aku kelam kabut sebab takde transport tapi dah berjanji nak keluar dengan Firdaus nak makan Dip n Dip sempena kelahiran aku yang 21. Aku paksa dia belanja aku. Aku memang buntu lalu aku putuskan untuk cancel je plan itu. Aku kata next week jela kita dating. Tapi mamat tu gigih amik jugak aku kat rumah. Dengan jalan jem nye. Pastu terus pecut laju-laju kat highway menuju Damansara.

In the car.

Weols borak-borak macam biasa dan I telah jumpa taik lalat kat tepi telinga dia wehhhh! After 2 years baru perasan or actually iols baru nak pandang dia betul-betul. Huhuhuhu. Disini saya selitkan sedikit pergaduhan antara kami di dalam kereta.

Syamim/Firdaus

"I lapar la! Nak makan benda lain dulu"
"I dah tempah kan masalahnya Dip n Dip"
"Nak tempah buat apa? Haritu kita datang terus duduk je"
"Harini kan weekend ramai orang"
"Haritu kita pergi pun weekend kan takde ramai pun"
"I dah tempah la"

Aku malas nak gado lalu aku sambung main Bakery Story sebab Apple Pie aku dah siap masak yay!

Sampai The Curve.

Kitorang pergi kedai camera nak beli film for polaroid aku. Mahal nak mampos wehhhhh RM33 sekotak ada 10 keping je. Bersamaan dengan harga mascara maybelline tau tak?!!!! Tapi sebab kitorang dah lama tak amik gambo sesama aku beli jela. Pastu Fir ajak iols duduk kejap kat kerusi tepi tu. Dan drama swasta sales girl Yun Nam Hair Care dengan aku bermula, dia paksa aku beli, aku kata no money, if got money, then no time to go for treatment. I work 24/7. Ceyyyy padahal aku memang sengkek. Aku dah mula rasa annoyed dengan semorang neh. Aku lapar ang tau dak. Aku ajak makan Ah Cheng Laksa ke, Ikea food ke tapi dia duk terhegeh-hegeh. Ajak duduk kejap la gi toilet kejap la. Aku ni mana boleh lapar kang emosi. Aku malas nak gado aku ikut je. Walaupun aku macam annoyed sebab lapar gile. Pastu laju-laju aku jalan naik atas. Lapar lapar!

Sampai je Dip n Dip,

jeng.

jeng.

jeng.

berkumandang lagu birthday.

Aku tengah main phone. Aku cam aneh jugak la, dalam hati aku halamek birthday siapa pulak ni (mind you, birthday aku on Tuesday, 29th March and haritu adalah 2 April so obviously not me).Tetiba aku nampak Tania & Aini duduk kat meja hujung sambil ada belon2 dan bunga dan hadiah. Um tau dah mesti aku la kan orangnya hahahahahahah! Terus aku gelak-gelak awkward kat situ. Malu tau tak satu kedai pandang. Walaupun aku ni kekadang cam attention seeker tapi bila orang pay attention to me, I shyyyy meh! Dah tu thanks thanks thanks kat semorang duduk terus makan cekelat. Buruk kan perangai aku. Here, look at me.


So pwwwetttyyyy. Sayang nak makan.

Pastuuuuuuuuu bukak hadiah, sebab aku tak malu aku bukak on the spot. I was smiling like crazyyyyyyyy! My fav chocolate and a set of pink make up brush! OMG!!!!!!

Ok this one is from google but mine was exactly like this!

I retweet benda ni 154236809 juta kali tau?! Sebab dia comelssss ya amat. Akhirnya pakwe paham gak hint aku tapi dia kasi on my birthday which makes it double special. Jahat kan aku neh hahahaha tapi aku tak mintak tau????

Takleh dekat-dekat. Tak senanya kitorang tak suka amik gambar pandang each other ni.
Sebab nak tergelak macam OMG WHY YOUR FACE LIDDAT.

Sayanggggggg thank you so much for the surprise. I didnt expect it at all! Pandainya plan senyap-senyap just like last year. Ke I yang senang kena tipu? HAHAHAHHA. Thank youuuuuu! I know you're not that romantic kind of guy tapi tengok effort you macam ni boleh buat I cair ok. I am the happiest girl on earth. Semoga you sentiasa murah rezeki dan cepat kaya dan boleh berikan I sebuah rumah tangga yang bahagia pulak lepasni HAHAHAHAHAH ciaa ciaa ciaa what stop with this stupid pickup line.



Ok bye.

No comments: