09 July 2015

Lecturer lucu.

Ingat tak masa sekolah dulu, aku selalu update seharian aku kat sekolah belajar apa, buat apa, pasal cikgu-cikgu. Tapi aku tak pernah cite pasal lecturer aku. Jadi mari kita mengembara kedalam dunia aku kejap siapa nak ikut meh naik rocket ni, ready?

1, 2, 3, 4 we're going on a trip in our favourite rocket ship, zoom ing thru the skies~~~~~~~~

KAHKAH CE TEKA CARTOON APA NEYHHH.

Ha senanya lecturer aku ni banyak yang lawak tau. Tapi ramai yang kata dorang takut nak ajar student accounts sebab kami jenis yang senyap je dalam class, kira behave lah, padahal kat belakang kami lah taikotai nye. Kami lah raja segala syaiton! HAHAHAHA. Tapi dalam class punya sok suciiii gituuu. Sampaikan lecturer takut nak masuk sebab terlalu behave, pastu dorang rasa macam kitorang tengah judge dia senyap-senyap. HAHAHAHHA. Saiko gile.

Anyways, semalam aku ada cite yang lawak gila OMG!

Aku amik subjek Islamic Business, dan lecturer yang mengajar aku ni kita namakan dia sebagai Ustaz M ok. Ustaz M ni suka la buat lawak yang tetiberrrrrr. Contohnya tanya nama sekolah orang la, tanya benda pelik-pelik la. Semalam, dia masuk class aku tau, class aku ni pepagi buta pukul 9 gitu. Pastu dia masuk pakai baju kemeja putih, seluar biru macam seluar baju melayu tu. Kau boleh bayang tak fashion disaster ni cemana? OMG SOMEBODY PLS CALL THE FASHION POLICE. Kebetulan, aku dengan member aku neh duduk depan sekali. Maklumlah datang lewat kah kah kah. Pastu kitorang pun gelak-gelak lah dalam hati sebab macam lawak gile ok ustaz tu pakai gitu. Next, dah habis aku melepak rumah member aku. Lepasni dia ada class dengan Ustaz M tersebut. Aku pun cite lah kejadian kemeja putih dengan seluar baju melayu tuh kat dia. Kami gelak-gelak cam setan. Pastu dia janji dengan aku nak amik gambo Ustaz tu. JAHAT GILA OKEYHHHH!

Sejam kemudian, whatsapp group masuk. Member aku si Farah ni amik gambar tapi kalini lebih extreme, dia tukar uniform dah! Dia pakai baju apa ce teka ce teka. Arghhhhhhhhhh HAHAHAHAHAHAHAHAHA

BAJU JPAM!

HAHAHAHAHHA bantai gelak besar ah kitorang. Full siap bertopi ko tahu? Nak gi maneeeee tangkap ular keeeeeee. HAHAHAHAHAHHA

Ok sekian sahaja.

No comments: