Assalamualaikum...
Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, lebih menjadikan kita seorang muslim yang baik, inshaa Allah, dengan izin-Nya. Aku pun kali ini, banyak azam nya. Nak menjadikan diri ini lebih baik dari sebelumnya, doakan. Semua orang layak untuk berubah kan. Betul?
Sebenarnya, bersyukur dapat berpuasa dan bersahur pada hari pertama Ramadhan ni kat rumah. Dah dua tahun berpuasa sendiri kat Kuantan sana. Kebetulan kalini bulan puasa jatuh pada cuti sem aku. HAHAHA. Rezeki kan. Tapi sempat puasa dalam seminggu lebih je dengan keluarga, lepastu dah start sem 5. My final year before graduating! Alhamdulillah, dah nak habis diploma. I have so many plans after graduating. Firstly, mestilah nak sambung degree kan. Aku nak sambung overseas tapi tengoklah rezeki which is kalau ada scholarship dan kalau CGPA bagus. Kalau takde kedua-dua ni takleh jugak kan. Hehe. Semoga dipermudahkan, inshaa Allah. Kalau takde pun, nak sambung dalam negara pun okay. Janji ada degree, dan kalau lebih rezeki lagi bercadang nak ambik prof certificate. Which is, ACCA dan seangkatan dengannya lah. Tapi itu semua bergantung kepada rezeki, again.
Sem 5 ni aku ambil muet. HAHAHAHA dah final year baru nak amik kan. Gitu lah mim suka tangguh kerja. Tapi takpelah its better late than never bak kata omputeh. Well actually result untuk my 4th sem tak keluar lagi, Jumaat ni, which is lusa keluar. Debor nak mampus weyyyyyyyhhh! Gila tak debor, aku macam boleh agak je pointer aku berapa. Dahtu mana taknya, study sehari sebelum exam! Haaaaa buat hal kan. Tapi tulah dalam pada macam boleh agak tu, teringin gak nak markah yang elok-elok. Jadi marilah berharap pada benda yang baik-baik, sebab kata-kata itu satu bentuk doa juga tau?! Manalah tahu.... dalam pada aku terasa yang semua akan dapat B, tetiba dapat A semua sebab cakap benda yang baik saje? HAHAHAH. Positif tu penting.
Dan.... heh.
Aku lupa dah nak sembang apa tadi. Pape pun, selamat berpuasa pada semuanya! Semoga kita mampu beribadah dengan lebih banyak pada bulan yang mulia ini, dimana pahala pun banyak kan. Nak dapat pahala paling senang camne? Sedekah apa? Senyuman. HAHAHAHA ok hambar mim kau keluar skang!
Bye.
1 comment:
Blogwalking sambil klik iklan awak sementara tunggu sahur ni hehehe. Selamat berpuasa ye. :)
Post a Comment