Assalamualaikum....
Hi adik-adikku. Ha result spm dah nak dekat kan? Meh Kakmim bagi nasihat siket. AHAHAHA. Kalini Kakmim nak introduce kat adik-adik semua pasal Accountancy! Tak kira lah matriks ke, diploma ke amende ke yang penting Account. Ada yang kata "Eleh amik account boleh la dekan, senangggg" Ni aku pantang betul. Ko hengat senang? Semuanya bergantung kepada malas/rajin ko je. Ko kalau amik engineering, law, medic sekalipun kalau asyik berjimba tak study, memang la susah. OK faham? Moral of the story is, jangan compare course ko dengan orang lain. Compare sesama coursemate takpe. Waaahhh lilomines mengajar pembacanya menjadi manusia beretika giteew.
Hah, berbalik kepada account. Soalan yang biasa ditanya oleh makcik pakcik ketika aku balik kampung.
"Account susah tak?"
"Account buat apa je? Kira apa je?"
"Semua subjek mengira ke menghafal?"
Hm. Apani soalan ni. Memandangkan aku baru amik diploma je (degree inshaa Allah doakan) aku hanya bagi pendapat sampai diploma jelah ok. Diploma in Accountancy ni, senang. HAHAHAHAHHAA. Serious lah babe. Disertai dengan minat dan berkat doa ibu bapa, maka senanglah ia. Account ni jadi seronok bila kau dapat jawapan dia, dak dak account kata apa, balance. Ni benda famous ah bila exam, "Weh kau balance?". Bila balance, keluar dewan muka sengih. Bila tak balance, mulalah cemas, berdebar, kalau boleh nak pecah kalkulator tu aku tekan.
Sebenarnya aku terjerumus ke lembah perakaunan ni atas desakan ibu aku. Beria-ia dia kata aku sesuai amik account. Aku ni anak emak. Ikut jela, amik jela. Tapi berkat tu, berkat! Alhamdulillah every sem setakat ni aku DL. Walaupun dulu masa sekolah aku sokmo gagal Prinsip Perakaunan, ko tahu bila kelas akaun je mulalah aku rasa taknak datang sekolah lah apa lah. Bagi aku, leceh gila! Macam siapa je nak memperkulikan diri dia buat kunci kira-kira, boleh tak suruh orang lain? AKU TAK MAHU BUAT! AKU NAK KAHWIN DENGAN ANAK RAJA, tetiba. Tapi tulah cakap besar aku ni, sekali aku yang cinta mati kat account ni. HAHAHAHA.
Masa diploma ni kau bukannya belajar account semata, ada je kena menghafal, contohnya itu hari aku amik subjek Management, Marketing dan Law. Hah law ni kalau kat tempat aku kena belajar dua sem, which is Commercial Law & Company Law. Aku memang cukup taksuka membaca ni, bagai nak mampus hafal cases bila nak exam. Jadi aku tabik kat Law Students sebab harluwwww law ni bosan tahu? Rela aku buat 13970 set soalan final exams account dari membaca.
Pastu sem ni aku belajar Taxation. Kira cukai orang! Subjek ni membaca dan mengira sikit-sikit. Mostly membaca lah. Tapi ok lah, asalkan ada kira-kira. Kita jugak ada belajar economics ya kawan-kawan. Micro & Macro. Hah. Best tahuuuuuu! Kiranya aku tak menyesal lah amik account ni. Tapi ni cuma permulaan, nanti nak amik Degree, in shaa Allah kalau diberi peluang, aku nak amik ACCA, kemudian kahwin dan jadi suri rumah. Aik? HAHAHAHAH. Jangan memain suri rumah ada ACCA tau! Banyak ni nafkah laki aku kena kasi. Weeweeee.
Tapi itu sajalah aku dapat kongsi setakat ni. Apa-apa soalan boleh tanya terus kat Kakmim ok, pepandai lah engko cari aku kat mana. HAHAHAHA. Sekian, terima kaseyyyy.
No comments:
Post a Comment