11 January 2015

Korea - Part 2 (Nami Island)

Assalamualaikum.

Walaupun dah berminggu-minggu aku balik dari Korea, tetap gigih nak buat entry tau. Effort tu penting, siap google balik engko nak ingatkan semua. HA! Hari kedua ni kami punya aktiviti hanya di sekitar Nami Island.

For your information (wah macam information centre lah I ni), Nami Island ni lah tempat shooting Winter Sonata. Beberapa minggu sebelum berangkat ke Korea, Bonda & Makcu I telah beriya-iya marathon drama ni balik. Ambik feel katanya. Bonda tak habis-habis whatsapp aku tanya dah tengok ke belum, dah episode berapa. Harluwww, kakmim orangnya busy kalah Perdana Menteri. Got no time for kdrama apatah lagi mahu bercinta. Eh bercinta ada masa. Wakakaka tak lawak seh. OK OK! Jadinya aku tak tengok la movie ni, kiranya aku kat Nami Island tu feeling buat cite sendiri la. Autumn Sonata. Sebab masa aku pergi tu pengakhiran Autumn, nak beralih ke Winter. Daun kebanyakkan sudah gugur, pokok juga botaks.

Untuk Nami Island ni, kami telah menaiki private bus sebab travel agent tu gabungkan group kami (11 orang) dengan another group from Malaysia jugak. Penuh la satu bus tewwww. Dalam bus, waktu pergi haruslah tengok view sepanjang jalan. Acah-acah dalam kdrama kan. And we are here!


Sampai je, kami kena naik bot bukanlah bot sangat ferry lah senang cite, alah bot ni famous tau ada bendera Malaysia lagik!

Nampakkan betapa diorang ni menghargai pelancong. Angin yang sejuk nak mampos atas ferry ni, rasa nak terbalikkan bumi. HAHAHAHA. Bila sejuk, kita masuk kat tempat yang disediakan heater. Awak orang Malaysia kalis panas. Panas takpa, sejuk rasa macam oh! Nak pengsan!


Yay dah sampai Nami!

Sampai je terus makang sebab eh haruslah makan kan. We had the famous Nasi Goncang, which is rice with kimchi, egg & tuna. Cara nak makan, pakai glove yang dia bagi, sebab bekas tu panas ok kalau teringin nak merasa sipi-sipi api neraka bolehlah pegang bekas besi tu tanpa glove :) Kemudian, GONCANGGGGGGGG! That's why it is called Nasi Goncang. Rasa dia masam-masam sikit. Kimchi kut. Aduh lemah betei aku makan kimchi ni.. Tapi lapar kan. Kalau ada nasi lemak tu aku makan nasi lemak dah wakakakakaka.

Walau nampak macam makanan kucing, tapi bukan. KAH!


HALAL TAU! Jangan memandai kata I makan babi.

Kemudian solat, ada surau. Bagus kan? (Lupa amik gambo surau) Tapi surau tu di dalam bangunan ini,

Entry aku berciri syok sendiri kan :( Sorry :( Semua model aku :(

Dan marilah berjalan di sekeliling Nami Island. Taklah besar mana, tapi kalau kau jalan kaki confirm lah besar. Jadi mari kita sewa basikal! Weeeeee~~~




Kat Malaysia taknak main basikal kat Korea gedik pulak aku ni. So dia ada banyak jenis basikal tau, ada single, couple & untuk family 4 orang. Untuk family tu macam beca. Hehehehe.

Kan dah kata Autumn Sonata tak caye!

Ni je I mampu hadiahkan untuk you, oppa.
Ni tempat nak bako ko la sebab ko banyak dosa en KAHKAH!

Ni Snowman Pancake. Dap gileee makan ketika musim sejuk sejuk! 
Ibarat makan naan cheese leleh kat mamak gittew.

Setelah pusing-pusing Nami Island menaiki basikal, tegur random Korean people dengan ayat keramat "annyeonghaseyo" feeling-feeling Autumn Sonata, tibalah masa untuk pulang uols! Hala balik ni semua tidur keras dalam bus. Gila engko penat kut. Aku tak sedar apa. Tau-tau je dah malam, dah sampai tempat makan. Eh makan?



Ha ini dia Rabuggi!!!!!!! Which is Ramyeon  + Tteokbokki. Halal, tiada babi, tiada meat. HAHAHAHA. Restoran ni kan dah banyak k-idols datang tau. Sebab masa ko masuk tu, dia tepek kertas ada tandatangan retis-retis yang pernah makan kat situ. Jadi sudu, mangkuk, kerusi yang aku pakai tu, k-idols pernah guna. Wow :) Teruja :) Boleh tak nak nangis :) Pls :)

Sedap gile ok, sampai balik Malaysia masih terkenang lalu buat sendiri dan feeling makan pakai chopstick yang beli kat Korea. Wakakaka. Jenis takleh move on.

Sampai guesthouse, mandi apa semua. Off to Myeongdong street again! Seriously Myeongdong ni kena pergi banyak kali baru puas. Atau sebab aku jakun jadi excited lain macam. We had street foods again. About halal ke tak street foods dia, ada yang tulis halal, contohnya macam Kebab Halal camtu. But for me, when my family travel pergi non-muslim punya tempat, kita makan jela asalkan takda pork, yakin (kalau was-was jangan makan) dan janganla makan daging if tahu tak sembelih kan. Makanlah seafood. Macam yang goreng-goreng tu if korang was-was dia goreng pakai minyak ada babi ke, jangan la makan. Macam aku, selagi takde dia goreng babi sekali dalamtu, aku bantai je. Confident je. Huahuahua. Darurat beb. Korean tak banyak halal restaurant kecuali kat area Itaewon la. Area aku duduk tu mostly kita just makan seafood & restaurant yang tak serve pork. Tapi kita order tu cakap kat dia taknak meat, gantikan udang ke sotong ke :) Nak cari yang betul-betul muslim punya, tak makan la engko camtu. Kalau kau was-was jugak, bawak la maggi, sardin, telur & sambal ikan bilis, beras semua dari Malaysia. OK? Hidup kat negara orang kena pandai-pandai.

Panjang lak cite halal foods aku ni. HAHAHAHAHA. #infoKakMim

Eh tu jela. Nanti kite cite pasal Lotte World, Namsan Tower dan lain-lain pulak. Till then, annyeong!

No comments: