08 January 2015

Korea - Part 1.

Assalamualaikum & Annyeonghaseyo!

Kita kembali dengan segmen Kakmim travel. Hari ini kita akan ke Seoul, Korea ye adik-adik. Aku ada warning, entry ini berbaur kejakunan maha tinggi level dia sila bawa bertenang dan jangan menyampah dengan aku. Aku memang jakun. Ya! Aku memang jakun bila sampai Seoul ni kahkah. Gila engko. Aku punya impian sejak form 4 tau dak. Benarlah orang kata penantian itu suatu penyiksaan tapi berbaloi. Tahap jakun aku ni sampaikan belum naik flight lagi aku dah sibuk menanam azam dalam hati supaya terserempak dengan mana-mana lelaki kpop lalu jatuh cinta dan kahwin dan ticket return aku burn macam tu je aku terus menetap di Korea. HAAHHAHAHAHA.

My fam.


Flight kami jam 1.00 pagi ye kengkawan. Pergi 11 orang, dua family. Family aku 7 orang, makcu aku 4 orang. Perjalanan mengambil masa 6 jam lebih sikit. Sebab jakun, 6 jam terasa bagaikan 290 jam tau tak!? Aku tidur bangun balik still dalam flight. Tidur lagi bangun balik tak sampai-sampai. Aku mula cemas dan tak tentu arah. Padahal baru 3 jam dalam flight memang idok ler nak sampai. Langit pun gelap lagi KAHKAHKAH see betapa jakunnya aku. Malu ah weh malu.

Touchdown Incheon Airport. Cuaca menunjukkan 6 degrees. Kejakunan tak berhenti disitu,


sampaikan ke signboard segala tok nenek yang ada tulisan Korea lah aku nak ambil gambar. Eish bangangnya pompuan 19 tahun ni hahahahahahaha. Masuk toilet airport pun aku jakun dan happy. Macam kera dapat bunga. Toilet je kut, rumah setan. Pape ntah.


Lompat lompat kasi panas badan sebab sejuk gilos.
Btw ni kat luar airport sementara tunggu private van sampai.

Kami menggunakan Lurima Travel sebagai tour guide kami disini, nanti aku up entry pasal dorang eh. Untuk yang first time haruslah ada tour guide sebab kita taktahu jalan-jalan kat sini nak makan halal kat mana, nak pergi mana, kang sesat susah pulak kerajaan Malaysia nak cari gadis cantik cam aku ne tau oppa dah kidnap buat bini, aku kan ada muka Korean sikit. Wahahaha nak gak tu nak gak selit-selit puji diri.

Comel tak guesthouse ni. Don't worry ada Malaysian kerja sini.

Kami check in di sini. Terletak di Myeongdong, strategik sangat. Semuanya dah dalam package uols. Setiap malam kami disini akan pergi berjalan di Myeongdong usha oppa sambil shopping dan makan street foods. Lol. Kat sini tak bahaya takde nak risau mana lah. Aku melintas jalan pergi Myeongdong Street sendiri je tanpa ibu bapa. Berani bukan. Har har. Lunch kami telah makan Nasi Goreng Seafood atau nama Korea dia Haemul apa benda aku tak ingat aku ni buta huruf nyenyenye. Walaupun aku ni peminat Kpop dan Korean foods, aku masih boleh kata i'm not a fan of Kimchi. Kimchi tastes like stokin busuk! I don't like it. Tapi kat sini ada salad kau boleh refill banyak mana kau nak, so yeah. Aku makan salad as a side dish. Kimchi, maaf cuba lain kali.

Nanti dia bagi bahan, letak atas kuali atas meja ni, kau gaul gaul 
macam main masak-masak
Omey angat.


Destinasi pertama, lupa nak bagitau kat sini you have to buy a T-money card to use their subway and buses.


Boleh reload saja kalau tak cukup, kami punya travel agent dah belikan dan topupkan. Kami naik subway ha jakun gile tau. Subway kat sini best 5 minit sekali ada, bukan macam KTM! HAHAHAHA. Bila nak sampai je akan ada lagu berkumandang. Rugi tak record oi. Kami ke Gyeongbuk Palace! Tempat aku bersemayam. Eh betul ke BM aku ni.

Terjebak menonton The Changing Of The Guards dimana setiap satu jam pengawal istana akan bertukar shift. Dah habis tu kita camwhore di sekitar istana sambil perasan cantik.





Kemudian kami telah melintas jalan ke Gwanghamun Square. Di mana ada statue King Sejong, orang yang cipta Hangul (tulisan Korea). Wah berilmiah sangat lawatan kita hari ini ya kawan-kawan. Haah. HAHAHAHHA. Kat Gwanghamun Square ni ada lah tugu-tugu.

King Sejong :)

Dah habis tengok tugu dan belajar sejarah, kami ke Cheongye Stream. Sungai di tengah Seoul. Ha! Tempat dating la ni. Tapi malangnya I tak datang dengan pakwe jadi kita jalan tengok orang dating saja. I miss you, Fir. Tetiba. HAHAHAHAH. Okay dah.


Disebabkan kepenatan, yelah turun flight tak habis jetlag lagi (kahkah kau ingat kau pergi UK ke nak jetlag bagai) tak rehat semua berjalan, kami decide untuk pulang awal. Dinner pula kami hanya delivery Pizza sajo. Rest kejap, malam itu kita shopping kat Myeongdong bebeh!




Tengok barang cecomels, sweater murah cecomels, beli mask, ah syurga kosmetik sangat! Aku beli banyak gila face mask. Murah gila, I tell you! Kedai yang sama ada 4-5 kedai. Orang padat nak mampos.

Sekian sahaja untuk hari ini. Jumpa di part 2.

1 comment:

Anis Diyana said...

Bestnya kak mim pergi koreaaaa >o<