Assalamualaikum.
Hi dah masuk tahun baru kan. Ya, tahun ini umur I dah 20. Ya tuhan banyaknya nombor tersebut! Argh stress la jemah. Jadi permulaan 2015 saya macam ok ok lah.
Tahukah anda, semasa cuti semester 3 baru ni aku telah bekerja untuk pertama kalinya dalam hidup. Jakun dan takut jugak lah. Aku kerja kat Bangi Gateway, dekat MPH Bookstore. Weh aku kan skema, nerd haruslah kerja kat tempat books. Hahahaha. Best la jugak, cari pengalaman kan. Lagipun aku selalu baca buku free jadi ok lah. Best tau baca novel takyah beli. Tapi tak feel lah sebab customer lalu lalang. Jangan suruh belanja ok gaji tak dapat lagi T__T
Kedua, saya dah dapat result semester 3. Ya semester 3 yang huru-hara tu. Yang study last minute, siap dapat warning letter untuk subject economics sebab ponteng kelas lebih 3 hari. Padahal I sakit hm tapi takda MC. Terkejut kite tau dapat warning letter. Kite baik kut dalam class HAHAHAHA. Yang selalu terlajak tidur tu. Yang selalu melepak tu. Ya semester 3 lah tu. Semester paling pemalas dalam sejarah aku kat kolej.
Seminggu study week, aku lepak rumah classmate aku. Study lah konon. Tapi member aku Farah ni jahat, dia tak kasi aku study. Dia kata kalau aku study, dia pun rasa nak study sekali sebab rasa kesian aku sorang-sorang. Jadi dia selalu ajak aku pergi Giant, beli chocolates, pastu makan-makan. Pastu bila malam je tidur lewat tengok movie, main game apa semua. Segala kejahatan Farah ni ajak aku. Aku pun mudah terpengaruh dengan Farah ni.
Bila study pulak malas. Kira carry mark, ha cukup lah ni kut kita kena dapat 75/100 kalau nak A masa final, jadi kita pilih beb soalan mana nak jawab. Takyah study semua. Main game lagi bagus. Ni semua member aku nilah ajar. Malam before paper killer, Financial Accounting II, orang lain study kat hall bagai nak pecah otak, aku dengan Farah pukul 9 masuk bilik tengok cerita hantu. Pastu main games pastu tidur awal. Kahkah. Bodoh gile.
Paper law lagilah, aku tidur paling awal kut, esok pagi bangun menggelabah hafal cases, kalau mak aku tahu ni kena rembat dengan periuk belanga lah kut. Apa benda nak belajar ke taknak, kalau taknak drop college ah weh. HAHAHAHAHA.
Tapi alhamdulillah. Result aku beyond my expectation. Dengan gaya hidup "cemerlang" macam perenggan di atas, sudah tentu aku kena repeat paper kan. KAHKAHKAH. Tapi tidak. Cuma kecewa sebab sikit lagi nak 4.00. Takda rezeki. Sayang Farah sebab banyak tolong aku semester 3 ni. Seriously she's one of my favorite girl in college. Amalina & Madi pun. Diorang ni lah banyak sangat-sangat tak terkira tolong aku! Terima kasih! Suka dapat kawan yang pandai dan tak berkira macam korang. Semoga tuhan memberkati kalian dan murahkan rezeki serta sentiasa berjaya dalam pelajaran. Orang tak kedekut ilmu ni selalunya memang aku sayang lebih. Siapa je nak call or whatsapp aku semata-mata ingatkan suruh study, siap bagitau part mana kena baca lebih. Suka sangat dengan kawan-kawan yang jenis nak tengok member lain berjaya ni. Persaingan sihat!
Akhir kata, bye.
Weh aku penat la tulis belog.
Entry Korea nanti la eh aku malas nak transfer gambar. Aku ni busy.
No comments:
Post a Comment