15 December 2014

Bandung - Part 2.

Assalamualaikum.

Ha engko kakmim kembali. Senanya aku tak kesah pon ada orang baca ke tak entry aku. Modal aku memblog untuk rujukan di masa hadapan maklumlah aku ni pelupa teruk orangnya. Nanti bila aku nak travel lagi semua benda aku lupa. Jangan kata aku riak pula Masha Allah tak.

Ha bandung hari ketiga macam best. Saksikanlah gambar-gambar bercerita.

Pagi dimulakan dengan travel ke Kawah Putih. If korang pernah dengar Tangkuban Perahu, yeah its the same. Cumanya Tangkuban Perahu nak masuk sekarang ni dah mahal. The day I nak pergi tu, its weekend, so our driver said on weekends the price is RP300 000 /RM80+ i guess. Nak tengok kawah gunung berapi je kot hek eleh kecoh la lu mat!!!! So we went to Kawah Putih, jauh sikit but sama je, gunung berapi yang tak aktif, kiranya kau masuk dalam gunung tu la power kan power kan boleh cerita kat orang kampung hei aku dah pernah masuk gunung berapi la weh HAHAHAHA. Kena bakar api neraka baru tau ayyok! Kawah Putih hanya RP50 000. Jauh kan bezanya. Jimat cermat amalan mulia kengkawan.

Kita sedang berada dalam gunung yay!

Being silly with my brother HAHAHAHAHA

Hi boyfriend kecil.

Duduk dalam tu kena pakai mask sebab bau dia busuk lagi busuk dari ketiak ko. Lagipun tidak sihatlah bukan menghidu bau belerang ish ish ish boleh kena kanser! Eh memandai je aku ni kanser sorry saya student accounting bukan medic. Ada student medic kat sini nak bantu saya explain tentang belerang? HAHAHAHA.

Yay family photo.

Kemudian on the way balik kami singgah kat Strawberry Farm. Takyah pergi negara omputih la weh nak kutip strawberry dan makan di ladang sampai perut kenyang tak mahu jalan dah. Takyah. Bandung ada. Boleh makan sampai mabuk strawberry ada lebih timbang bayar. Pilih yang gemok dan merah je tau! Hehehe.





Kemudian kami ke The Secret, FO lagi sebab nak menghabiskan sisa rupiah yang ada. Dan Kartika Sari untuk beli manisan katanya. Jadi aku telah shopping kat FO dan pulang ke hotel terus tumbang la apalagi.Penat kut. Esoknya pagi-pagi terpacak kat airport dah nak balik. It was a very short trip, 4 hari 3 malam but the quality time with my family, sangat takda nilainya. Yelah dah belajar jauh bila je masa nak jumpa kan. Family vacation jela. Sampai Malaysia, unpack things, hantar dobi & all, packing balik sebab esoknya nak pergi airport balik. Rehat sehari je. Penat but worth it.



p/s First time aku sampai airport Bandung, aku terkejut beb. Ni airport ke stesen bas keciknya! Besar lagi Terminal Sentral Kuantan wakakakaka jahatnya aku.

Nantikan episod #kakmimInKorea dibawakan oleh oppa oppa nyenyenye ngade mim blah ah. Bye.

No comments: