18 September 2014

Pelajar Baru.

Siapakah pelajar tersebut?

AHA!

Sebenarnya nak cerita pasal college life. Dulu semasa sekolah suka update apa yang berlaku dalam class kan. Bangang juga seh aku masa sekolah asyik tidur je. Eh di kolej juga kaki tidur. Syamim dan tidur berpisah tiada. Sebenarnya aku tengah plan nak tidur sampai hari Ahad ni kahkah. Mentang-mentang Jumaat tiada class langsung. Ewaaah! Aku bercuti tiga hari seminggu tau. Jumaat Sabtu Ahad. Meriah betul semester ni, I suka.

Bercerita pasal pelajar baru. Classmates aku ni dari dulu lagi terkenal dengan kaki menganjing. Dari sem 1, sem 2, sem 3 aku tak pernah dapat class yang sama. Asyik tukar-tukar je, eh bagus juga, bersosial la juga aku ni. Aku ni kan pemalu dan hanya annoying in social network, KAKAKA! Okay. Dikurniakan classmates yang kaki menganjing ni, aku sangat sabar dibuatnya. HAHAHA. Tadi aku telah memakai tudung bawal hitam kosong dan pins seperti ustazah. Ala perlu ke aku lukis gambar rajah? Korang imagine dahlah, takda daya imaginasi langsung! Pergi masuk kelas pendidikan seni sana! Secara tetiba.

Kemudian aku masuk class, dengan beg laptop, beg biasa, dan buku-buku yang maha berat ditangan, sangat nerd la kalau dibayangkan, that's why takda siapa nak mengorat aku dikolej, sudahlah pendek tak putih nerd pula tu. HAHAHAHA. Aku pon bagi salam. Tergelak-gelak mereka semua. Apakah mereka ingat aku ni jahat sangat sampai bila bagi salam pon menimbulkan kelucuan? Ah persetankan semua ni.

Lalu Amalina dan Madi pun berkata

"Uish pelajar baru ke?"
"Dari kolej mana ni?"
"Ayah kerja apa?"

Dan pelbagai soalan bangang lagi. Benci betul. Kahkah. OK tak benci sayanggggggg sebab suka belikan foods untuk monster kecil like me. Kemudian bila aku jalan kedepan sikit mereka akan berkata

"Hish pelajar baru ni, baru masuk dah berlagak jadi ketua geng"

SANGAT BANGANGLAH BUKAN. HAHAHAHAHAHAH.

Hish sudahlah. Aku berblog kerana bosan menunggu hp charge penuh. Bencinya hp ni charge tak pernah nak penuh. Ciri-ciri nak minta tukar iphone 6 ke ni masha Allah sisterrrrrrrrrrrrrr. Sudahlah.

UBS ACCOUNTING SOFTWARE

Siapa mengambil jurusan perakaunan pasti anda tahu kewujudan accounting software yang memudahkan urusan seharian membuat journal dan lejar dan trial balance dan segala-galanya. Tapi pembelajarannya di dalam class sangat merumitkan lah, I tell you. Atau aku tak cukup power lagi. Aku sangat stress tadi di dalam lab melayan ubs ni. Rasa macam mahu muntah numbers. Pada ketika itu aku terfikir, oh boleh tak nak give up dan terus kahwin? Tapi siapa mahu memperisterikan perempuan manis seperti aku? Ada tak? Mari pm details. KAHKAHKAH! Sangat bitchy bunyinya.

Dahla, aku stress ni. Bye.

No comments: