Assalamualaikum.
Hi. How are you?
Nak cerita pasal my 2014. 2014 is not my favorite year, I guess? January je dah banyak masalah. Seriously banyak. Setiap hari ada masalah. Terima kasih Allah kerana memberikan aku kekuatan semangat nak hadapi semua masalah tu. Kalau tak maybe ada yang end up buat kerja bodoh? Sekali, serentak, semua datang. Memang kalau aku ni bukan penyabar orangnya, mesti dah jadi lain kot. Bayangkan aku hadap semua benda seorang diri. Ibu bapa ke Mekah mengerjakan umrah, aku terpaksa memikul tanggungjawab jaga adik-adik di rumah. Uruskan makan pakai sekolah semua. Terasa berat. Lepastu aku hilang orang yang selama ni ada dengan aku. Tak apalah, bukan jodoh kami. Aku terima. Tapi sakit dia, sampai hari ini terasa. Sampai saat aku type entry ni, aku tak boleh ingat. Sekelip mata, hilang. Sampai sekarang, perit dia tuhan je tahu.
Semua dugaan ni menjadikan aku lebih tabah. Lebih kuat semangat. I thank Allah for that.
Terima kasih kawan-kawan yang sanggup datang rumah untuk peluk aku, bagi aku semangat. Kehidupan aku sangat tak terurus ketika itu. My girls menangis tengok keadaan aku. Dorang kata tak kenal dah siapa aku. Entahlah, walaupun aku ego, ceria, sentiasa happy, bila aku down, aku betul-betul tak tahu arah aku. Alhamdulillah, sekarang dah makin okay. Aku tahu Allah tu sayangkan aku, dia nak aku kembali kat dia, jadi dia uji aku supaya aku sentiasa minta pertolongan-Nya.
Sekarang aku dah semester 2. Alhamdulillah so far so good. But seriously subjects for this sem, tersangatlah susah. Maybe aku tak cukup usaha kot. This sem aku duduk kelas dekan, persaingan sangat dahsyat. All those genius students, pandai belaka semua. Aku rasa aku paling tak pandai hahahahahaha. Result aku alhamdulillah okay. Dekan. Tapi bukanlah 4.00. Agak stress lah belajar dalam kelas ni. Tapi aku anggap ni cabaran kan. Semoga aku akan mengekalkan prestasi yang baik untuk sem ini dan sem akan datang. Kalau boleh every sem nak dekan, in shaa Allah, amin.
Oh itu saja kot? Aku rasa entry aku banyak yang serious sekarang ni. Tak banyak merepek. Adakah aku dah matang? HAHAHAHAHHAHAHAHA NO. Nantikan entry merepek aku, soon. Bye!
No comments:
Post a Comment