Apa khabar semua? Masih ada ke pembaca blog aku ni? Macam takde je. Ah kesah apa. Nak jugak membebel. Nak jugak meluahkan perasaan.
Saya tengah cuti sem. Cuti sem selama 7 minggu. Yayerz! Am a happy gurllllll. Final was okay. Tapi ada paper yang tak confident oh okay kita takpayah cerita pasal ni. Tawakal je kan. Kalau dapat DL, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, usaha nanti sem 2.
Haritu telah ke Pekan Baru, Indonesia untuk holiday akhir tahun bersama family. Sementara ada passport ni marilah kita bercuti jauh sikit. Bila passport dah mati nanti kita bercuti dalam negara je hahahahahahaha. Pekan Baru was okay ah. Tak busy macam Jakarta, the people? Okay la, very nice. Pergi Bukit Tinggi sekali, dia macam Cameron la lebih kurang. Jalan pusing-pusing, syukur aku tak mabuk jalan masatu. Padahal nak ikutkan aku ni jalan lurus pun boleh mabuk muntah-muntah. Aku memang mabuk darat. Taktahu kenapa. Shopping telekung and jubah je kat sana sebab kat sana agak murah kan. Bought a purple jubah yang veryyyyyyyyyyyy lawa i loike!!!
Pergi 5 hari je pun. Tapi best sebab dapat spend quality time with le family. I miss them so much!
Oh aku ada cerita tak haritu aku pergi Singapore? HAHAHAHAHAHA. Dah lama sebenarnya. Kan masa aku form 4, parents pergi holiday tak bawak aku dan Abangah. Adik-adik lain bawak. So aku pun terasa. Sedihlah aku. Kenapa tak bawak aku. WHY OH WHY!!!! Kemudian untuk menyedapkan hati aku, ibu bapa berjanji membawa aku ke Universal Studios Singapore. Tapi janji tinggal janji lah. Tak dibawanya sampai ke sudah. Sehinggalah baru-baru ini, masa hari raya ke-5 rasanya, kami sekeluarga telah ke Singapore demi permintaan aku. Singapore was fun!!!! Bersih gila jalanraya dia. Foods kat USS ada yang halal so no worries pasal makan. Spent the whole day main dalam USS. Best gila I tell you! But unfortunately, ada satu roller coaster tak bukak masa hari aku pergi tu. Tak merasa. Lain ok ah. Pictures? Kat instagram please. HAHAHA. Tapi rugi sebab tak amek banyak pictures. Sebab masa suntuk, nak beratur panjang gila bapuks! Em that's all.
Oh baru-baru ini juga, taklah baru, bulan October rasanya, aku telah menghadiri concert Kpop. Oh ingatkan dah insaf rupanya tak. Aku masih kpoppers. Tapi aku fangirl untuk group yang best sahaja, HAHAHA. Aku telah pergi ke INFINITE One Great Step in Malaysia. Well actually aku beli tix yang murah je, RM300+. But masa hari concert tersebut aku telah datang lewat. Aku masuk ke venue agak lewat but concert tak start lagi. Concert start pukul 7,30pm. Aku sampai sana 7,30pm. Tepat! HAHAHAHA. Pastu kawasan VIP yang harga RM500+ tak penuh lagi idk why tak sold out kot kan. Pastu orang tu suruh my friend and I duduk kat seat VIP engkooooo! Tergamam aku, dekat nak mampus dengan stage. Histeria dalam hati. Hehehe. Apalagi concert start fangirling ah cite dia. Menjerit macam nak keluar anak tekak. HAHAHAH please dont imagine, memang sumpah buruk perangai. Pastu Hoya asyik datang kat zone aku je. Macam tetau je ada bini dia kat situ muahahahahaahhaha. OGS in Malaysia was guh-reat! Saranghaeyo Infinite oppas!
Oh well, macam terpanjang je entry ni? OK BYE.
Suka keluar entry secara tetiba. Lempang diri sendiri.
p/s KPTM Kuantan banjir teruk :( Tenggelam habis campus. Habislah kertas final exam kitorang basah dan hanyut. Kuang kuang kuang. WHatever it is, stay safe everyone! Jangan main air banjir okeh.
No comments:
Post a Comment