29 March 2012

Surprise untuk birthday saya sangat best!

Hai. Pertama sekali, terima kasih semua orang yang wish birthday saya harini. Terharunya. Rasa nak nangis. Thank you so much!

So tadi parents saya yang comel dengan kawan-kawan awesome saya dah berpakat nak surprise kan saya. So sweet kan? Well saya tak perasan pape pun sepanjang harini. Rasa cam biasa je. Then masa rehat, Athirah dengan Fatin tak bagi masuk kelas dulu. Lepak tandas. Saya ikut jelah lagipun tengah bosan. Tak syak pape pun. Sekali masa saya masuk kelas, saya nampak ni tergantung kat board kat belakang.


Nampak tak gambar saya tepi sekali tu <3

Bonda guna gambar ni..


Terharu gila! Then ada tulis, Luv - Bonda & Ayah. Comel gila en? My reaction was, OMG COMEL GILA HAHAHA SIAPA BUAT NI COMELNYAAAAA! SWEET GILA AH. Okay lepastu saya pun duduk kat tempat saya. Lepastu diorang suruh saya bagi salam, saya pun bagi ah salam kat cikgu add maths sebab saya penolong. Nash kemana-mana tah. Then Izzati macam

"Weh parents kau sweet kan?"
"Haah sweet sangat."
"Nak lagi sweet tak?"
"Apa dia?"

Dan dengan itu NASH iaitu KETUA KELAS kami yang handsome lagi diminati ramai telah keluar dari bilik kat belakang kelas, bawak kek, letak atas meja saya dengan muka comel habis. Tau apa? I was like WEHHHHHH SWEET GILA NASH HAHAHAHAHAHAH COMELNYAAA EEEEE KORANG NIEEEEEEEEE.

Okay rupanya parents saya memang dah pakat dengan Izzati, Athirah & Fatin. Lepastu Nash pulak baik hati pegangkan kek. Then Nash bagi ni.



Comel gila en? Bentuk love pulak. Nak tau? Nash ah orang pertama wish semalam. Comel gila Nash. Ish ish ish! So kat banner tu saya suruh classmates tandatangan. Comel kan? Siapa ada gambar saya lagi kat tepi tu. Thank you Ayah & Bonda for being so sweet. Thank you! Terharu sangat. Classmates saya semuanya cakap macam "Bestnya ayah kau, nak ayah camni jugak". Athirah tak habis-habis "Sweetnya ayah kau weh". Si Fatin pulak "Aku nak ayah cam ni, kalau kau taknak ayah kau, bagi aku k" Hahahahahaha.

Saya rasa nilah birthday paling best sekali. Hadiah birthday saya, BLACKBERRY! Hehehe comel kan? Adik-adik saya semua tak puas hati saya dapat blackberry. Lepasni boleh ah selalu bbm kan kengkawan! Tapi blackberry saya tak sampai lagi, baru je tempah :) Maybe esok atau lusa. Thank you so much semua orang sebab menjadikan birthday saya yang ke 17 birthday yang special, best. Semualah! I love you guys!

10 comments:

AD said...

Hapy birthdayyyyyyyyyyyy! (:

Cik Lilo said...

Alin : Hi thanks!

| CIKZEK | said...

Fuyooooo BESTTT GILAAA kot ! huhu btw, HAPPY BDAYYYY :)))

yanze said...

happy birthday syamim :D

yanze said...

happy birthday syamim :D

Cik Lilo said...

Cik Zack : Thanks!!

Yanyan : Thanks!

Si Rabun said...

Best gila dapat mak ayah macam itu. happy birthday

Cik Lilo said...

Si Rabun : Hehehe thank you! Nway semua parents ada cara tersendiri untuk anak dia :)

Anonymous said...

Okay, jom exchange ayah nak? *muka serius* LOL

Cik Lilo said...

Kak lala : Hahahahaha hep! Nanti birthday akak, kita suruh ayah akak buat jugak eh!