24 March 2012

Lagi gambar baby! Yay!

Hi.. Tadi kita gi ambik bonda kat hospital. Hehehehe. Sekarang baby dah ada kat rumah. Habis kena buli. Asyik kena cium je dengan semua orang. Lepastu taktau nak panggil apa. Bila ayah panggil dia adik, si adik pulak perasan. Jadi panggil baby je. "Baby... anyonyonyo ok buat segala bunyi pelik sekarang"

Sorry kakak baby nak menyelit. Saya pun duduk atas katil sekali dengan baby :P
Dan tu kaki bonda. Hahahahahahahahahah!

Ada ciri-ciri keibuan tak? OK boleh kahwin sekarang! 

Baby senyap je masa aku pegang dia. Lama gila aku pegang dia. Senyap je dia, sambil tangan dia usik-usik pashmina aku. Sarung tangan dia mana tah aku taktau. Bonda mandi masatu, sian dia tak dapat menyusu. Muahahahaha.


Baby dah sampai rumah!

Ok takde motif gila gambar ni. Tadi aku kacau dia. Hahaha kesian dia tidur kena kacau. Gambar pertama : Jari aku lebih besar dari dia. Gambar kedua : Peace to the world! Mesti dalam hati dia macam Pahal kakak aku ni kacau-kacau aku. Aku nak tidur pun tak senang. Hahahahahaha. 

Ramai yang tanya nama. NAMA TAKDE LAGI. Kang dah ada aku bagitau. Lepasni aku nak upload gambar dia jelah dalam blog aku. Hahaha jangan ingat ini anak aku sudahlah. Biasanya blog banyak gambar bayi ni blog orang dah kahwin. Lantak ah, adik aku, aku sayang dia~~~~~~~ Bye!

Oh ya adik aku ni dah dijadikan adik angkat oleh Athirah, Fatin dengan Izzati. Kemain lagi diorang. Hahahahah.

2 comments:

Hikaru Yui said...

baru nak komen tanya nama apa... ttiba kat perenggan last tu dah ada tulis xda nama lg..huhu

Cik Lilo said...

Yui : Hahaha takde nama lagi. Ada cadangan?