23 March 2012

My new baby.

Oh hi. Semalam masa kat sekolah, ayah datang. Hantar kunci rumah sebab dia nak bawak bonda pergi hospital. Aku macam oh, okay. Bila aku bagitau kawan-kawan aku bonda pergi hospital, diorang semua excited. Tepuk-tepuk tangan si Athirah. Excited betul diorang. Aku? Taktau nak rasa apa. Gembira, berdebar, sedih? Entahlah.

Lepastu harini aku tak pergi sekolah sebab takde siapa nak hantar. Duduk rumah. Pukul 2 lebih camtu my dad text.

Awww awww little baby dah lahir!

Aku bagitau adik-adik aku. "Weh korang, bonda dah bersalin. Baby boy" and diorang macam "Yeayyyyyyy!!!" lepastu adik aku yang nombor 4 yang kitorang panggil dia ADIK suka sangat. Maklumlah pertama kali dapat adik. Mesti excited. Sekarang dah taktau nak panggil dia apa. Panggil dia adik, baby tu baby. Hahaha keliru! Oh ya welcome to the club baby! Caca lahir 2 Mac. Baby lahir 23 Mac. Adik lahir 24 Mac. Saya lahir 29 Mac. Bagus. 4 orang lahir bulan Mac. Abangah je bulan June. Hahahaha kesian en!

Lepastu kawan-kawan aku ramai benor yang bagi cadangan nama masing-masing. Semua stok letak nama sendiri. Perasan. Syamie, Ayie, Athirah, Fatin, Shazwan. Hahaha lawak-lawak je semua. Ramai gila ucap congrats kat aku harini. Pergh macamlah aku yang beranak pun :P


Petang itu kami ke hospital.....

Hi sayang bebi boy kita!!!! xx

Tadi masa aku nak ambik gambar dia, dia pandang je aku lama-lama.
Pandai pulak tu pandang camera. Dah la tadi nangis muka pink!
Omey angat! I love you bebi....... Kakak comel en?
Muka dia macam Abangah. Mata dia cam aku kot?

I'm the kakak. Kakak kepada 4 orang adik. Mata kami sama tak?!!
Oh ya inilah pashmina yang ayie belikan tu. Aku ambik gambar ni khas untuk ayie. Hahahaha
Sila bangga k. Bukan senang. Boleh bangga setahun pasni k.
Sekian bye!

7 comments:

Norafifah Roshman said...

untungla kamu. ada adik. saya tak ada :)

Cik Lilo said...

Afifah : Siannya. Awaklah adik kan? Okay jom share adik :D

Anis Diyana said...

hari jadi caca sama dengan anislah ;D
Bestlah akak dapat adik baruu <3

Cik Lilo said...

Anis : Oh yeke! Anis boleh jadi adik akak la cani :D Best sangattt

Aida Effarina said...

waaaa congrats dpt adik baru. apa perasaan awak dah besar camni tetiba ada adik lg? hehee.. dah ada nama ke utk adik?

Hikaru Yui said...

tahniahlah... seronok dapat adik ni... buleh dimanja semasa kecik..dan disuruh buat kerja semasa besar..hehe lawak jaa k =p

btw.. i am adik... and it's wonderful..hehe

Cik Lilo said...

Aida : Thank you! Mula-mula dapat tau rasa macam awkward, tapi bila dia dah lahir rasa excited. Yelah kan adik saya yang last umur 6 tahun!

Yui : Thank you! Memang seronok pun. Hahaha manja la kan!