04 April 2012

Pra-pertengahan, motif?

Hi semua ho ho ho ho ho!

Jadi saya nak bercerita apa yang terjadi beberapa hari ini. Oh ya nama baby baru saya Izib Nazmiuddin bin Izuddin. Hehehe abangah Naqiuddin, adik Najmuddin, baby Nazmiuddin. Kita panggil baby Nazmi. Baby Nazmi dah dekat 2 minggu dah. Makin besar, makin comel. Makin kuat menangis -____- tapi bila letak atas perut saya yang buncit ni dia senyap. Ngada-ngada bukan?

So 16 April sampai 20 April ni kami mangsa-mangsa spm, pelajar form five dan juga form three kot, ada peperiksaan pra-pertengahan tahun. Motif? Tah saya pun tak tahu apa motif exam ni. Exam ni ikut format spm la kan. 5 hari, 5 subjek je. Subjek teras je. BM, English, Maths, Sejarah & Agama. Kiranya ni persediaan untuk mid year punya exam la kan. Bagus. Habis je exam pra-pertengahan ni, dua minggu lepastu exam mid year. Yay yay saya sayang semua buku saya yang 2 rak tu :)

Memang pulun habislah lepas ni. Siang malam baca nota buat latihan menghafal blablabla jelah kan. Masuk form four punya sekali, dah ah saya tak habis study form four lagi. Haritu monthly test pun masuk form four punya jugak, yang mana taktau, keluarkan senapang gajah, TEMBAK! Tapi Alhamdulillah result saya masih okay. Walaupun tak gempak cam Affat dengan Ainina dan kawan-kawan yang lain. Saya target monthly test 7A. Dannnnnnnnnnnnnnn... memang dapat 7A pun. Hahahah Alhamdulillah sangat weh! Ala monthly test agak senang kot berbanding mid year yang ugh nieeee. Tapi result saya cacat, ada D. 7A 2B 1D. D tu pepaham sendiri ah kan amende. Wakakakakaka.

Oleh itu untuk mid year ni saya target 9A pulak. 9A 1B. Alah sikit-sikit ah. Kang trial dengan spm saya target ah 10A. Kentut ah awak semua ni. Hahahaha. Pfffffftt! Target jelah kan, belajarnya entah tidak entah ya. Takpe ah nak jadi cam Affat dengan Ainina, ni muka dak dak straight A's ni. Eh okay saya nak pergi koko. Bye!

No comments: