17 February 2012

Seminggu ini.

Hai semua *tarik nafas*

Minggu ini sangat penat. Lagi penat dari apa yang saya bayangkan. Bayangkanlah minggu ni tak berpeluang langsung nak online secara bergembira dan tengok tv secara suka-suka dan juga tidur petang. Tidak boleh. Sangat busy lagi mempenatkan. Nak aje aku jerit kat telinga semua orang supaya tolong jangan tambah aktiviti aku lagi. Stress betul. Hahahaha. Tapi seronoklah bukan. Bukan selalu dapat peluang untuk stress. Hanya tahun exam sahaja. Tahun lain, honeymoon lah sana.

Well sebenarnya taklah penat mana. Cam biasalah, aku kan pakar memanipulasi keadaan.



Oh ya tadi kan Syamie belikan aku Kinder Bueno. Baik kan dia? Yela sebab aku tuntut. Haritu dia kenakan aku, lepastu aku sakit hati. Aku suruh dia beli chocolate. Ayie dah banyak kali kena dah dengan aku. Hahahahah. Whatever. I lap chu lah syamie.

Dimulakan dengan Isnin balik 1.45. Petang boleh rehat. Selasa sampai Jumaat memang tak dapat ah. Balik sekolah je tuition kalau Selasa dengan Jumaat. Rabu, koko. Khamis, study group. Pergh. Sabtu kelas gemilang. Ahad tuition lagi. Amboiiiiiiiiiiiii. Gembiralah aku. Dengan nak kejar hw lagi. Nak study form four punya topik lagi. Bye bye blog la jawabnya. Bye facebook, bye twitter! Bye blog gossip.



Kitorang dah start study tasawwur. Tapi sendiri-sendiri jela. Mana ada class. Hari khamis kitorang study group buat latihan semua. InsyaAllah boleh bawak kot. Taklah susah mana subjek ni.

Tapi takpe, tahun ni je kan. Lek lek lek. Jangan stress sangat. Kalau stress kita merepek cambiasa. Sekarang dalam class en kitorang suka makan. Letak makanan atas meja, makan sambil buat kerja. Cikgu-cikgu pulak tak marah, sambil dia mengajar kitorang makan. Sambil menulis, kitorang makan. Dia lalu, aku makan lagi. Hahahah. Takpe mungkin dia faham kot perut kami cam monster.

Tadi masa tuition chemistry, my mum text aku.



Hehehehe comel en? Dia selalu belikan aku shawl/pashmina/dress. Ayah? Belilah jugak, tapi kena mintak dulu baru dapat.

7 comments:

Anonymous said...

Untunglahhhhhhhh! hahaha, kita kena minta baru dapat, sedih wuuuuu `.`

Cik Lilo said...

Aqilah : Kita kan anak manja terlampau xD

Anonymous said...

yela untunglah semua dapat T___T

Anis Diyana said...

akak,belajar rajin2 okeh<--pesanan utk diri sendiri jugak ni,hekhek :D

Cik Lilo said...

Aqilah : Pergh memang tak ah semua benda dapat. Ikut mood jugak, banyak je yang tak dapat dari dapat rasanya

Cik Lilo said...

Anis : Okay sayang! Awak pun sama k!

Anis Diyana said...

okay,mekacih kak! ^3^