25 February 2012

5 Hari Seminggu.

Hai semua. Apa khabar? Macam mana minggu anda? Minggu saya dipenuhi dengan warna warni. Woi samim pernah ke kau bersedih? Aku rasa macam tak je. Asal kau datang sekolah je, dari takde mood terus bertambah-tambah mood. Gembira memanjang, makan pil happy ke? Lol kwaja eh.

Sebenarnya bila aku datang sekolah, aku memang tak boleh sedih langsung sebab kawan-kawan aku semua gila tak betul mereng sewel suka buat lawak bodoh. Aku tak pernah takde mood. Kalau takde mood kejap je, lepas 10 saat aku gelak balik. Nak dengar cerita tak? Haa dengarlah. Minggu ni paling hyper la kot. Mungkin. Banyak gila gelak, walaupun benda taklah lawak pun. Kitorang memang camni, makin stress, makin dekat exam, makin banyaklah nak gelak. Tu je kot boleh kurangkan stress kitorang semua. I mean, kawan-kawan aku yang super awesome.

Hari Isnin, biasa-biasa je. Selasa, dah bermula menggila. Aku macam banyak gila gelak. Lepastu masa pergi tuition petang, aku dah start gila. Dengan selamba aku pakai baju abangah saiz L tu, bayangkan aku saiz S, pakai saiz L. Menggelebeh gila baju tu, dengan pakai shawl cotton yang besar tu, dah la warna kuning, mengundang perhatian gila. Pastu biasanya aku pakai spek dalam kelas je, ni aku bantai pakai dari rumah. Hahahaha nak tengok tak? Exclusive ni, mana pernah aku upload gambar aku pakai spek. Walaupun dah pakai since form 1.

Cam pondan je muka aku hahahaha kbai.

Akmal nampak aku en terus pandang atas bawah and dia cakap.

"Weh kau ke ni? Hahahahahahahah muslimah gilaaaaaaaaaaaa"


Then budak lelaki kat sekeliling tu semua pandang aku atas bawah, aku kat situ macam "Hahahahah comel apa."


Pastu Hari Rabu memang hari paling banyak gelak ah. Bayangkan tengah baca buku sejarah yang bosan tu aku boleh tergelak-gelak lagi, aku taktau ah amende yang lawak. Athirah, Fatin, Izzati kata aku dah tak betul, dah gila. Bila dorang panggil nama aku pun aku boleh gelak. Entah apa yang lawak pun taktau. Gila agaknya.
Masa koko pulak bertambah gila ah dapat lepak dengan geng geng aku. Pastu main chess, asyik gelak je. Tahpape je, junior kitorang yang duduk semeja dengan kitorang pun dah tergelak-gelak dah. Buat segan je hahahahahahaha!

Then camtu ah sepanjang minggu ni. Semalam habis tuition Chemistry, gi 7E dengan Fatin. Jumpa Akmal. Kitorang pun ambik ah kinder bueno, then dia bayarkan. Thanks akmal yay yay! 

Bukan senang dia nak belanja orang, kenalah letak dalam blog.

Semalam gi Parkson. Belikan hadiah birthday untuk cousin aku punya party esok. Guess what, DIESEL TENGAH SALE 50% 70%. Oh yeah, tepat pada masanya. Aku pun belilah satu je baju, tu pun sorok-sorok, aku jalan sorang-sorang. Parents aku gi tempat lain. Kalau tak, mampus la aku kena bebel dan kena potong elaun belanja bulanan aku. Sedihlah bukan -_____- Haaa pastu tengah pilih baju cousin aku ni, aku jumpa ni hahahahahahah ok lawak gila lol.

HAHAHAHAHAHAHA BODOH GILA EN.

K tu je bye. Sowwy kepada readers yang tegur kat twitter suruh update blog, baru sempat update harini. Have a nice day semua orang!

3 comments:

yui said...

baju oversized pun kiut juga.. =p=p

Anis Diyana said...

waaaa,akak nampak lain :O Akak cantik :D Jangan muntah pulak orang puji neh~

Cik Lilo said...

Yui : Lol baju tu labuh gila hahaha lawak doooowww.

Anis : Hahaha muka stress ah memang ah lain! Cis jangan puji, simpan dalam hati k :P