Hi tadi kat sekolah kita main bola baling. Kah kah kah. Selama ni aku memang pemalas tahap gaban nak turun pjk, harini tetiba rajin pulak. Mestilah. Semakin nak dekat exam, semakin kebudak-budakan perangai aku, semakin senget, semakin banyak gelak & merepek. Bukan aku je, kawan-kawan aku sama je semua. Nak rasa? Hah tunggulah tahun spm. Nanti merasa la kau jadi gila. Tadi masa addmaths Syazwan buat perangai gila. Hahahaha nak pecah perut kitorang gelak, gaya dia macam penggatal bersiri menyorok dalam semak ke apetah.
Hah tadi masa pjk, main bola baling. Aku team dengan Izzati, Athirah, Najwa, Wahida, Hui Lian, Nurin. Si Fatin pembelot, keluar geng. Masuk team Affat <-- Ni pun pembelot jugak, dengan tah siapa tah. Main 7 orang 7 orang la kan. Girls yang lain main bola tampar, bola jaring. Dannn team aku yang best tu menang! Padan muka team Affat kalah. Padan muka, pembelot lagi. Hahaha. Booo! Akulah penjaring terbanyak sekali. Aku tunggu je depan tu, asal dapat bola je masuk. Menang besarlah kami.
Aku rasa aku berbakat ah main bola baling ni, nak wakil sekolah ah camni. Tetiba. Hahahahahahahha!! Okay. Kita cerita pasal benda lain pulak.
Semalam kitorang ada mesyuarat kelas. Bossnya aku. Sebab Nash ni takleh pakai betul suruh aku gi depan cakap. Dia duduk atas kerusi kat depan tu like a boss. Sian aku auw. Aku dah la pemalu orangnya. Nasib baik Nash handsome kacak bergaya. Eh dia boyfriend aku tau, sebab dia ketua kelas, aku penolong. Lol.
Then kitorang lantik ah semua orang untuk gotong royong kelas. Siapa kena buat kerja itu ini. Thanks to anak-anak orang kaya, Aizat dan Iemman kerana sudi menambah duit kelas sebanyak RM50 seorang untuk hias kelas. Atas arahan teacher Salmi sebab dorang ni banyak duit. Hahahhahahaha. Pandai en teacher. Aku tukang kutip duit je, sebab aku boss. Tetiba.
Oh ya, chapter Transformations maths tu ya Allah pening gila nak buat. Asyik salah je jawapan aku. tension bodowwwwwww. Sekarang dah masuk chapter matrices. Yang ni senang sikit ah. Takde ah aku cam terkebil-kebil masa buat latihan. Omg aku kena habiskan study SEMUA TAJUK FORM FOUR SEBELUM BULAN MEI. Like seriously, WAJIB!!!!!!!!! Lagi lagi add maths, banyak woi aku kena buat latihan. Mampus aku kalau asyik gagal je tahun ni. Bulan mei dah mid term. Memang mampus aku, mati kataklah kalau aku tak habis study lagi. Apa nak jawab? Terguling tergolek ah aku kat situ kan. Sekarang ni apa subjek semua pun tak habis study lagi. Takpe ah, aku target ni aku target. Masih sempat lagi nak habiskan 10 subjek, berapa puluh chapter sebelum bulan mei. Wajib wajib k! Please doakan kita auw? :'(
Please, sowwwwyyyy ah k. Jangan ah merajuk lama sangat. Tak reti ah nak pujuk. Lagipun salah syamim bukannya besar sangat. Taknak jumpa je kot. Malu ah k maluuuu. Bukan apa pun. Tolong ah jangan merajuk.
2 comments:
goodluck addmath ! senang je . hehe
Aliff : Thanks! InsyaAllah senang!
Post a Comment