11 January 2012

Stress.

Hai. Harini hari rabu. Dan ye aku tengah buat kerja sikit kat laptop ni. Sambil tu aku nak update blog. Aku nak mengadu kat blog dan readers semua. Tak salahkan aku mengadu?

Tahun ni gila stress lah. Ye semacam aku nak ambil pmr dulu, aku sangatlah stress gila omaigod. Tapi tahun ni aku lagi stress. Tapi aku masih boleh handle. Alhamdulillah. Tahun ni cikgu macam push kitorang kot. Aku taktau la kan. Hari-hari ada homeworks. Bukan sikit, almost semua subjek. Semalam, hari Selasa. Lagi ah aku takleh blah. Balik sekolah dah pukul 1.10. Pastu rehat jap. Aku biasa tidur jap sebab penat. Then tuition pukul 4.00-6.30. Balik tu mandi apa semua makan. Then malam tu aku buat hw. Pergh sampai pukul 12. Tu baru homeworks! Tak study ye, hw dengan study lain ye!

Pastu datang sekolah, duduk dalam dewan je. Pergh panas hati siot. Kalau aku tau, takyah bersusah payah aku buat hw sampai pukul 12 tu. Dah la tidur lambat, aku pun terbangun lambat juga. Wth man. Lepas ni lepas siap kerja aku kat laptop ni which is kena buat jadual bertugas kelas, aku nak kena buat hw akaun, add maths dengan english pulak. Terbaik! Bukan sikit-sikit, banyak gilaaaaaaaaaaa. Kalau aku tak fikir pasal spm ni, memang takde ah aku nak buat hw. Nasib baik aku ni ada kesedaran sivik tau!

Ni pun petang tadi ada merentas desa. Penat gila wa cakap sama lu. Walaupun aku jalan lenggang kangkung dengan Affat je sepanjang 5km tu. Tapi penat. Nak tidur takleh, kang tak siap sebenda lak kerja aku. Tapi korang kena ingat, korang yang student calon spm ni tolonglah anggap semua ni macam pengorbanan. Tu jugak aku selalu pesan kat diri aku. Walaupun aku nampak cam main-main, asyik tergelak-gelak, tapi aku serious tau :'(

So aku nak share dengan korang apa yang aku dah plan untuk akan datang and jadual harian aku. Eh blog ni kan diary aku. Biarlah! Bezanya diary tulisan tu takde sape baca, blog ada orang baca. LOLOLOLOLOL


  1. Tuition physics and add maths hari Selasa 4.00-6.30.
  2. Tuition maths and chemistry hari Jumaat 4.00-6.30
  3. Tuition maths with cikgu mail hari Ahad 11.00-12.30
  4. Study dengan Affat hari Isnin and Khamis coz takde tuition and hari Rabu lak ada koko.
Sabtu pulak, rehat-rehat. Tapi kawan aku cakap nanti sekolah pun ada class juga hari Sabtu. Yang tu aku tak tahu lagi. Jadi ni khabar angin.

Jadi jangan ah kau nak text aku cakap aku dah sombong la tak tegur kau la apa benda. Mampus kena fire japgi dengan aku. Dah la mood aku tak stabil sikit sejak beberapa hari ni. Hp pun aku dah tak pegang sangat k. Aku buat dengar lagu je. Masa lain aku pun taktau aku campak mana hp aku. Bila aku nak guna, aku misscall je nak cari kat mana. Oleh itu, saya berharap semua usaha saya tahun ini sangat berbaloi. Tak banyak pun aku target, dapat 8A 1B pun dah kira okay dah untuk aku. Doakan saya tau tau!

*Thanks kepada Mr Simple saya (ceh konon), sanggup call pukul 3.30 sebab nak ingatkan suruh buat hw padahal dah siap. Hehehe. Comel.

Sekian sesi meluahkan perasaan. Kang aku stress lagi aku update blog. Selamat ber-stress bersama saya. Bye!

*Oh ya junior-junior saya comel gila tadi! Masa aku datang koko then dorang nampak aku terus excited tegur-tegur. Feeling retis tau i. Hahahaha nasib baik aku tak peluk dorang semua. Buat drama je nanti.
*Mr Simple ni orang lain. You alls taktau. Nanti i story mory ok. 

5 comments:

Anis Diyana said...

biasalah tu,anis pun rasa cemtu jugak.
Makan coklat utk hilangkan stress :D

yui said...

huhuhu mmg sibuk jadi student spm.. tp best.. cgu sayang lebih.. =p=p=p

Cik Lilo said...

Anis : Kita dah banyak gila choc makan sebab taknak stress

Yui : Haha tau takpe! Cikgu ngam dengan kita

Alia Azmi ◕‿◕ said...

tahun ni, memang first week dh start belajar ade homework segala kan. cikgu pun, ajar cepat je macam keretapi. nasib baik paham. kalau tak, lagilah susah

(--")

Cik Lilo said...

Alia : Tau takpe. Memang ajar laju gila. Kena fokus lah camni