13 January 2012

Merentas desa kali terakhir.

Hai. Harini kita merentas desa. Penat gila ok. Tadi aku lari sorang-sorang je sebab Affat dia taknak lari. Dia jalan dengan Fatin S. Then Fatin Hanani pulak lari sorang jugak sebab aku tinggalkan dia kat belakang. Sian, sape suruh lambat. Aku lari depan sikit jumpa Ainina, Athirah dengan Nurin. Nurin sakit perut takleh lari. Aku pun lari la sorang lagi sebab diorang bertiga nak jalan. Dah jauh tu, aku jumpa Dodo dengan Ayie. Lari dengan diorang. Then diorang tinggalkan aku. Aku lari sorang lagi. Then jumpa my junior, awek si Ayie, Ithna. Lari dengan Ithna sampai sekolah. Sampai je, 10 minit yang dapat markah tu habis. Eeee siot!

Penat gila aku berlari then tak dapat markah. Aku lambat sikit je doh. Sikit je. Menyesal pulak jalan lenggang kangkung masa dah nak sampai tu. Hahaha takpe ah. Janji aku sampai awal. Biasanya sejam lebih baru sampai sekolah balik. Kali ni tak sampai sejam pun aku dah sampai sekolah balik. Power en aku lari 5km tu. Peh. Tapi bosan gak la lari sorang. Takde kawan en. Congrats Afiqah dapat nombor 6! Nak kejar kau tadi tapi tak larat pulak :) CONGRATS RUMAH MERAH MENANG. I BANGGA K JADI AHLI RUMAH MERAH. MERAH HEBAK K.

Sampai rumah je terus tidur.

Pukul 3 lebih bangun, mandi. Makan. Then pergi tuition pulak. Bapak letih. Pukul 4 sampai 6.30. Chemistry and maths. Heh. Sakit kaki gwa camni. Masa maths tu cam tak cukup kerusi au untuk boys yang baru datang. Sir suruh la aku pindah ke depan. Aku tak dengar masa tu. Then i was like.

Me : Eh kita ke? Kita ke? *sambil pandang zati*
Sir : Ye kita lah!

Wuih malu siot aku satu kelas tu gelakkan aku. Izzati pulak taknak tolong back-up. Eleh.

Then balik tu my dad cakap mama affat hantar rambutan kat rumah. Ya Allah, haritu aku bergurau je cakap nak makan. Sekali Affat hantar bebetul. I love you! Thanks Affat and Aunty (mama dia)! Kawan aku semua awesome. Best best best. Kalau aku update status nak topup, ada yang topupkan. Aku mintak apa je, mesti ada orang nak bagi. Pegh, bukan senang nak dapat kawan-kawan camni. Langsung tak berkira. Yeah betul, dah terbiasa kot kitorang camni. Semua macam adik-beradik dah. Sedangkan air pun kitorang boleh share minum ramai-ramai tak kira lelaki perempuan. Apetah lagi duit.

Tapi kalau diperhatikan, bak kata Ainina dan juga aku, kawan kitorang tak berkembang. Siapa kawan kitorang dari dulu, dia jugaklah kawan kitorang sekarang. Samada aku tak reti berkawan ataupun aku malas nak kawan dengan orang lain. Aku sangat selesa dengan siapa yang aku ada sekarang. Kawan baik aku, kawan means orang yang aku selalu lepak lah. Yang tegur biasa-biasa tu kawan je. Kawan baik aku yang tak pernah tak bersama ialah

Affat, Ainina, Afiqah, Athirah, Izzati, Fatin, Nurin.

Lelaki pulak ramai gila. Aku selesa kawan or borak dengan lelaki. Lepak semua. Dorang tak banyak songeh. Perempuan banyak songeh, sebab tu aku jarang kawan dengan perempuan. Aku kawan dengan mereka-mereka di atas sahaja. Cakaplah aku sombong ke apa, aku selesa dengan diorang, bukan orang lain. Eh asal merepek pasal kawan pulak ni?

K bye.

No comments: