10 May 2015

Tengah-tengah.

Assalamualaikum..... waalaikumsalam... assalamualaikum... waalaikumsalam (nyanyi lagu yang ada lelaki perempuan nyanyi macam ala korang tak pernah dengar ke? PERGI CARI KAT DUBSMASH SANA) HAHAHAHA

Tengah-tengah. Mende tajuk entry macam bengong ni. Eh banyak tengah-tengah nya.

1) Aku di pertengahan cuti sem. Maknanya aku sedang final exam, tapi ada lagi dua papers pastu ada gap sepuluh hari . Power kan kolej aku ni. Ni kalau jenis malas nak study gak ada banyak masa ni tak tahu la nak jadi apa. Elok azan jela kat telinga eh.

2) Aku di pertengahan umur 20. Tetiber.

3) Aku di tengah-tengah melayan kdrama ni, tajuk dia My Princess. Lagi 5 episode nak habis.

4) Aku di tengah kelaparan. NAK BURGERRRRR!

5) Aku di pertengahan dilema. Kau tahu tak perasaan yang entah lah. Rasa macam ada orang akan tinggalkan kau tak lama lagi. Macam orang dah tak sayang kau. Orang tu, akan pergi jauhhhh dari hidup kau. Aku tahu aku bukanlah orang yang terlalu baik, tapi bukanlah terlalu jahat. Aku tahu jika nak dibandingkan, memang ada banyak perempuan lagi baik dan solehah berbanding aku. Kadang-kadang aku nak je bagitau kat semua orang dalam hidup aku ni, kalau nak blah, tolong la jangan dekat dengan aku at the first place. It hurts a lot! I am an overly attached person. Once aku dah suka/sayang orang tu, orang tu will be my everything. Susah kan jadi perempuan ni, complicated, overthinking. But its okay, mungkin cuma perasaan aku.

By the way, tak sabarnya nak cuti sem. Cuti sem means what? Yes, family vacation! HAHAHAHA. I reaaaaaaaaaaaaaaaaaally love family vacation.This time tak pergi overseas, pergi dalam negara je. Berlemak lah eh cuti je nak melancong luar negara ingat anak Tan Sri. Tapi bercuti kat mana-mana pun sama je kan sebab yang penting quality time with our parents and siblings tu. Yeah so itu jelah. Hopefully result semester 4 ni memuaskan lah. Dapat maintain pointer pun okay dah, tinggal final year je pastu grad. I wanna graduate with Pingat Perak (what do we call it eh here at kptm for students yang achieve dean's list every sem, idk) i think so la hahahahhahahaha.

So till then, toodles!




2 comments:

yui said...

yg nombor 5 tu... i can feel you.



tgh merasakan benda yg sama.

=(

Cik Lilo said...

Awwww be strong ok Yui?