07 December 2014

Terbiasa bersama.

Hi, aku sangat emosi hari ini.

Tadi aku gaduh dengan Abangah. Bertumbuk gak la. Power kan aku gaduh HAHAHAHAHA. Siapa tak geram, kerja asyik nak cari pasal je. Itu cerita petang tadi, tapi sampai sekarang masih tak bertegur sapa. Kalau lebih 3 hari berdosa kan. Tunggu 3 hari baru aku bercakap dengannya. Masih dendam! Benci! HAHAHAHA.

Aku sangat boring lah cuti sem ni. Berkurung dalam rumah nak kata putih makan hitam ada lah.Berat turun secara mendadak dan tak ingin naik-naik lagi. Aku cemas dan stress dan mendatangkan gangguan perasaan kepada diri ini. Kawan-kawan dah masuk semester baru, aku je masih terkial-kial di sini. TOLONGLAH CEPAT HABIS CUTI SEM. Aku asyik craving for good foods lately tapi tiada yang melayan. Parents aku mestilah busy, adik-beradik juga. Kasihan bukan aku ni. Macam tak cukup kasih sayang hahahahahaha.

Aku bosan! Bosaaaaaaaaaaaaaan! Kalau Firdaus ada pasti dia sudah melayan partner in crime dia ni pergi ke sana sini. Nak makan Seoul Garden? Jom. Makan steamboat Johnnys? Jom. Nak makan char kuey teow? Pusing satu Kuantan cari. Nak makan apa, cakap je. Nak pergi beach, mari. Lapar tengah-tengah malam? Jom naan cheese kat mamak. Bila dah balik Selangor, terpisah. Padahal rumah dekat-dekat je, tulah Fir siapa suruh kerja! Takda siapa nak layan I tau! Takda siapa nak bawa I pergi jalan-jalan dan ambil gambar I dan puji I cantik! Takda siapa! Life is boring without you. HAHAHAHHA. Kembang bukan mendapat satu perenggan khas. Ah diamlah.

Aku sangat boring. Aku mahu pergi holiday lagi. Walaupun sudah ke Bandung dan Korea dalam masa 10 hari, ya betul, sangat mencabar jadual travel aku kali ini. Dalam masa 10 hari, dua negara. Nak pengsaaaaaaaaaaaan! Itu yang dalam flight tidur dari take off sampai landing tak sedar apa. Hanya sedar masa pramugari datang hantar foods je. Habis makan, poof tidur balik. Sedar-sedar dah sampai airport. HAHAHAHAHA.Aku stress.

Entry tentang travel nantilah. Aku takda mood. Aku mahu bercinta je sekarang ni. Aku mahu kahwin secepatnya. Hayyoh! Perjanjian MARA ni membantutkan segala rancangan mahu berkahwin aku lah. Cewah.

Aku bakal masuk ke usia 20 tahun tak lama lagi. I nak Victoria's Secret sebagai salah satu hantaran tunang nanti ya terima kasih. EH kontroversinya entry ini! AHAHAHAHHA. Aku tak sanggup meninggalkan zaman remaja aku yang best ni. Haruslah best.

Dahlah, aku mahu melihat gambar-gambar kat Korea. Bye.


No comments: