01 December 2012

Tiada aktiviti

Dulu nak sangat cuti, nak sangat habis sekolah, nak sangat habis spm. Sekarang bila dah habis, tak tau nak buat apa. Bosan gila duduk rumah. Memanglah boleh keluar jalan tengok wayang apa semua dengan kawan. Tapi malas nak bersiap. Dulu kemain kan kalau boleh setiap bulan nak keluar, sekarang parents tak kisah keluar bebila, taknak keluar pulak. MENGGEDIK BETUL LAH SAMIM NI.

Haritu tengok Twilight dengan Fatin hahahahahahaha best gila tapi part yang *ehem* *cough* *ehem* tu cam tak sesuai ah hahahahaha malu gila aku tengok nasib baik tengok dengan fatin je takde kawan lelaki pastu thank god sebelah aku memang kosong pun takde orang. Kalau tak mesti bertambah-tambah malu aku ni hahahahahah

Duduk rumah buat apa je, tak tengok tv, main laptop tengok youtube, layan drama korea oya aku tengah tengok Reply 1997 sekarang ni omg cerita dia best gila sweet & kinda romantic hehehehehe lepasni nak marathon banyak lagi drama so yeah itulah jelah kot. Pastu tengok variety shows yang ada Boyfriend dalam tu heheheheh my bby youngmin pastu em tu jelah weh kerja aku.

HAHAHAHA BURUKNYA RAMBUT KORANG WEH.
But its okay... Tetap comel. Forever Jo twins!
Left ; Kwangmin. Right ; Youngmin.

Esok nak kursus leses pulak hahahahahaha haritu belajar bawak kereta dengan ayah aduyainya pun nasib baik aku ni cekap hahahahaha DAH PANDAI DAH tapi part nak parking kereta memang aku tak reti ya rabbi susahnya nak imagine angle nak ambil nak parking tu selalu je terbabas ke lain hahahahahahaha loser gila rasa. Takpe boleh belajar lagi don't give up! Plkn aku dapat siri 2/3 so lmbat lagi pergi so boleh ambik lesen & kerja or whatever semua. Uish. Dulu aku taknak, dapat. Sekarang aku rasa nak pergi, dapat panggilan 2/3. Camtaik sungguh.

Oya nak share satu lagu ni tajuk dia UUUU by VIXX. Lagu korea tapi jenis ballad. Takde joget-joget. Macam love song ah, lyrics dia memang sweet gila kalau dengar mesti rasa cam TOLONGLAH SOMEONE TUJUKAN LAGU NI KAT AKU. TOLONGLAH. 



Haritu cakap kat fatin macam

'eh lepas spm ni bolehlah ada boyfriend dah kan hehehe'
'boleh, tapi ada ke yang nak?'
'ada, youngmin hiks'

HAHAHAHA kasihanilah aku weh, forever alone gila. Takpe ah ada youngmin pun dah cukup buat aku bahagia dan senyum sorang-sorang walaupun dia takkenal aku. Aku bahagia macamni. Hahahahahahahaha. Oklah nanti update lagi bye!

No comments: