19 April 2012

Tragedi paling memalukan tahun ini.

Hi.. Nak dengar cerita menarik tak? Memang aku rasa nak tergolek-golek sambil cerita ni. Paling memalukan la kiranya untuk tahun ni. Tahap malu tu rasa nak masuk dalam perut mak aku balik. Hahahahahah. Serious weh. Okay dengar ah dengar ah aku nak cerita ni.

Haritu habis class add maths pukul 6.30. Dengan muka paling comel takleh blah en aku turun ah dari tuition. Check hp gaya mak datin, oh ayah text ah rupanya.

"Ayah kat depan 7E ni"

Okay fine. Aku turun tu, gelak-gelak jap bahan orang, pastu aku gi depan 7E. Sampai depan 7E, aku nampak kereta Naza Citra warna hitam. Aku syak tu kereta ayah. Tanpa menengok nombor plat, aku redah pergi pintu belakang, aku bukak. TERKUNCI! OPS! Aku pun jerit ah kat situ...

"Bukaklaaaaaa kunci ni kenapa kunciiiiii"

Dan aku tengok kat seat depan, ada seorang perempuan sedang bercakap telefon. Mestilah bonda kan. Tetiba je.... aku tengok handbag dia, lain. Eh bila masa bonda tukar handbag ni? Jeng jeng jeng.... EH! BONDA KAN TAK HABIS PANTANG LAGI, MANA BOLEH BAWAK KERETA!!!!!

Sah.

Sah.

Sah.

Aku dah salah kereta! By the time aku toleh belakang nak cari kereta ayah, makcik tu toleh ke arah aku. Aku punya reaksi?

Aku jalan macam biasa, muka serious, macam takde pape berlaku, sampai kat kereta ayah, baru perasan ayah naik viva rupanya ambik aku, masuk dalam kereta, terguling-guling ayah gelakkan aku. Perghhhhhhhhhhhh!!!! Sumpah malu gila wa cakap sama lu. Aku pun sekali tergolek-golek gelak dalam kereta tu.

Sekian, kbai.

*Makcik, nasib baik makcik kunci kereta makcik, kalau tak kunci, mesti saya dah selamat masuk dan duduk dalam kereta makcik, LAGI MALU!*

3 comments:

Hikaru Yui said...

kahkahkah...nasib baik makcik tu tak hon kuat2

"TOLONGG PEROMPAK COMEL NAK ROMPAK SAYAA!!"

'Aqilah Mazalan said...

LOL! Gila ah mim, ahahaha. Mmg malu tahap negatif 99 lah!

Cik Lilo said...

Yui : Kah kah kah kalau makcik tu hon, terjun klcc lah malu sangat cani -.-

Aqilah : Malu ennnn kalau akak ada kat situ mesti akak rasa nak tergolek!