30 January 2020

Melaka Trip with Girlfriends

Hi semua.
Yang Berbahagia, sidang hadirin yang dihormati, ok ok secara seriousnya.

Baru-baru ni yang taklah baru sangat. Mungkin 3 bulan lepas kot. My friends and I went to Malacca for a short trip. Pergi sehari je. Motif dia untuk makan dan enjoy. Ye itu jelah kerja aku. Enjoy, enjoy, enjoy! Hilangkan rasa rasa curiga, duka dan nestapaaaa. Mari kita menyanyi lagu sha na na na naaaa! Keputusan untuk pergi ke Melaka dibuat dalam masa 1 minit sahaja ya. I tanya my friend nak gi Melaka tak? Dorang semua cakap ON. So simple kan? Terus masing-masing bagi idea apa nak buat. So I pun list down apa diorang semua nak.

Friend 1: Nak makan kuih keria & coconut shake.
Friend 2: Nak makan asam pedas.
Friend 3: Nak breakfast daging salai kat Negeri Sembilan (dah otw)
Syamim: Nak ootd kat Bangunan Merah kat Melaka tu untuk Instagram dan beli dodol.

Ya. We been knew. Aku lah paling bimbo sekali. So adakah trip kalini menepati objective dan memuaskan hati semua pihak? Mari baca summary di bawah. 


1) Breakfast daging salai tak dapat sebab kawan I tak buat homework dia. Kedai tu tak bukak lagi masa kitorang sampai. So kitorang pusing-pusing area Rembau most wanted yo then ternampak satu kedai ni cam ramai je orang cam onz je kan. So rupanya ada roti canai puting beliung ribut taufan amende namanya. Dia roti telur, kuah banjir, telur separuh masak dua biji dia bubuh kat atas. Rasa dia? Mantap bro. Murah pulak tu memang berbaloi. Takde satu penyesalan pun di situ ye.


2) Ambik gambar gambar bangunan merah. Done.

Perangai acah diva tetap dibawa kemana-mana.
Ada aku kisah?



3) Lunch asam pedas bagi memuaskan hati semua pihak. Sedap tapi harga minta nyawa. Rasa nak puasa sebulan lepas bayar makanan ni. Aku nangis. Semua nangis. Mahal nak mampos. Depan kedai ni ada jual dodol sedap. Aku beli. Tak menyesal sangat.

4) Lepas lunch kitorang pergi Klebang. Makan kuih keria & minum coconut shake. Tapi gambar takde sebab rasanya aku buat boomerang kat Instagram je hahahahahah.


5) In conclusion, semua telah berpuas hati dengan trip ni. Makan dapat, duit habis dapat, penat pun dapat. Sekian, terima kasih.


2 comments:

AmyZana said...

Oh my god sis.. seriously dalam sehari je dah jadi? My friends and I planned nak pergi mcm 3 days 2 nights trip dekat melaka 2 months prior last2 trip kena cancel sebab Covid pft

Cik Lilo said...

Amy: Hi sorry for the late reply! Hahaha yes. Sehari je, actually kalau nak travel dia kena last minute plan..... kalau lama lama tak jadi wak!