21 March 2016

BALIK KAMPUNG? Bagus ke tidak?

WARNING : INI MERUPAKAN ENTRY DARI DALAM DRAF, SEPTEMBER 2015. AHAHAHA

Assalamualaikum.

Lately ni aku stress gila dengan macam-macam masalah. Tahap pemalas aku pun makin menjadi-jadi dibuatnya. Memanjang rasa nak ponteng class. Mana taknya setiap hari bangun tidur aku dah terbayang bila nak malam balik. Rasa macam takde motivation langsung nak meneruskan sisa kehidupan pada haritu. HAHAHAHA. Kenapa tah. Aku sangat pemalas sem ni. Maybe sebab subject aku sem ni semuanya membaca which is, boring. Masuk class dengar lecture then balik. Repeat sampai weekend. Kerja aku dalam class kalau rajin, highlight notes. Kalau malas, berangan. Kekadang tertidur sampai tersengguk sengguk ha. KAHKAHKAH. Teruk nau.

Semalam aku lepaskan tension pergi shopping dan makan sushi dengan classmates aku. Gila. Gelojoh nak mampus makan mana taknya shopping sakan. Sampai melecet la jugak kaki aku. Oh kitorang bukan shopping sebab nak membazir tau. Ada sebabnya. Enak aja lo bilang gue suka membazir ya. Kitorang ada dinner for dean's list hari Isnin ni. Tema Arabic. Huhu. Aku pun pergi la cari shawl dan apa-apa yang patut kan. Okay bukan ni tajuk aku senanya.

Balik kampung.

For some people, balik kampung is something yang ditunggu-tunggu sebab nak jumpa ibu bapa dan sanak saudara dan menjadi kepochi tentang anak dia kerja apa, kahwin dengan siapa dan dah mengandung ke belum? Lol.

But for me, aku paling tak suka balik kampung. Heh jangan terus judge aku tau. Here are the reasons why I hate balik kampung. Memandangkan aku hanya ada satu kampung iaitu kat Dungun (belah Bonda), sebab belah ayah memang asal Selangor and kitorang pun duduk Selangor so dekat jela, aku tak suka since aku dah besar ni. Aku rasa perasaan ni sejak aku form 4 gitu la. Why?

1) Cousin aku majoriti lelaki. Perempuan cuma 5 orang. Itu pun kecik-kecik lagi. Yang dekat umur dengan aku, form 5. So kami geng la berdua.

2) Bila dekat rumah tokma duduk beramai-ramai, dengan ramai lelaki, aku susah nak tukar baju, nak mandi dan nak tidur tak selesa. Faham-faham jela kenapa kan. Kita ni perempuan, cousin pulak lelaki dah besar-besar. Tu pun kekadang ayah aku kena sewa homestay supaya aku nak balik kampung har har har sorry ayah.

3) Kampung aku line internet kejap ada kejap takde. OK ni macam bimbo sikit. Yela orang balik kampung jumpa sedara aku ni nak internet. Tapi tipulah kan remaja zaman sekarang mana boleh hidup takde internet, nyawa doh!

4) Bosan. Aku ni jenis takleh duduk rumah. Kalau rumah sendiri lain la, aku boleh lepak kat rumah tak keluar-keluar kot. Ni bila balik kampung aku nak keluar, kereta takde. Nak pergi mall, harom takde mall. Macam, eh bosan seh.

Walaupun alasan aku ni nampak macam hak ilah minah ni bajet bajet jela. Tapi semua orang ada pendapat sendiri. Kalau kau suka balik kampung, kau balik jela. Aku tak marah pun. Tapi aku tetap tak suka dan setiap kali nak balik tu rasa macam nak bergaduh dengan semorang. HAHAHAHAA. Tapi taktahu la in the future kalau aku rasa benda ni cam best kan, yela beraya kat kampung semua. Tapi buat masa ni aku lebih suka pergi jalan-jalan instead of balik mereput kepanasan dan bosan serta tak terurus.

No comments: