10 March 2013

Elok ke jadi pendendam?


Hi. Wah. Rajinnya jenguk blog. Biasalah. Nak dekat dapat result ni, makin nervous pulak iols dibuatnya. Lalu membawa kepada berkongsi nervous kat blog. Wah mulianya hati kau ni Lilo. Ah bajet comel je panggil diri sendiri Lilo. Pelempang satu kali! By the way sedap pulak lagu blog aku ni. Lagu putus cinta. HAHAHAHAHAHAHA. Tak Lilo la kalau tak lagu putus cinta walaupun tak bercinta. Aku kan stok lagu sedih-sedih je. Diam.

Tahu tak aku ni ada satu perangai dimana aku ni boleh jadi sangat aneh. Aku ni okay, walaupun tak berapa nak friendly tapi bila korang dah rapat dengan aku, akulah paling best sekali ((perasan)). Taklah. Aku cam okay je dengan semua orang. Tapi tak suka nak rapat sangat. Tengoklah kawan aku dari dulu semua sama je, tak berubah. Tak berkembang kawan-kawan aku neh. Dari dululah, Affat, Najwa, Izzati, Fatin dan seangkatan dengannya. Bukannya memilih, tapi bagi aku kalau ramai kawan pun kalau takleh diharap buat apa. Aku stick to kawan yang memang susah senang dengan aku jeeeee.

Ha bukan tu nak cite sebenarnya.

Aku ni ada satu perangai dimana aku tak mudah marah bila orang sakitkan hati aku. Tapi bila aku hilang sabar, aku jadi pendendam. Haaaa terukkan perangai aku :( Aku nak berubah, aku tak suka dendam kat sesiapa. Tapi tulah, aku cuba taknak dendam tapi aku dendam jugak. Aku cam menyampah nak dengar nama orang tu pun tak nak dah. Aku bagi contoh eh ;

Aku pergi kenduri. Sedara-mara jumpa aku lepastu macam....

"Eh Syamim! Keciknya! Pendeknya! Adik lagi tinggi eh? Adik sedara lagi tinggi, macam mana ni?"
"Hehehehe nak buat macam mana"

Masih okay.

"Eh yelah Mim. Pendek sangat kau neh, HAHAHAHAHAHA (gelak macamlah pendek tu lawak bertaraf Zizan punya lawak)"
"Hehehehehehehehhe biasalah"

Masih okay.... Uhm.

"Tapi peliklah. Kenapa adik tinggi, kakak tak. Ni adik sedara semua lagi tinggi dari kau, apa cerita?"
"Hahahahahaha"

......................................?

"Meh meh ukur tinggi dengan *insert name*"

Aku dalam hati terus

Camni.


Dan mulai saat itu, setiap kali aku jumpa orang yang sama, aku akan buat muka paling kerek dan poyo. Kah kah kah. Jahatnya aku weh :( Takmo ah camni. Kids please dont try this at home. Tapi betul, kenapa kena bagitau benda yang aku dah tahu? Kejamnya. Kalau aku cakap aku terasa kang, orang kata "ala gurau je". Habis kalau aku kata "WEH KAU GEMUK AH" pastu kau marah, aku pun kata "ala gurau je" boleh? Tak. Siapalah aku neh nak pertikaikan fizikal orang. Tuhan jadikan camtu, mana boleh aku kutuk.

Camtulah lebih kurang contoh. Ada banyak lagi ah benda-benda yang bila orang tu buat sekali, aku okay. Bila buat banyak kali, aku rasa annoyed and mula ah rasa menyampah kat dia. Aku tak kisah pun sebenarnya. Point aku ialah, macam mana aku nak elakkan diri daripada marah kat orang yang sakitkan hati aku? Aku taksuka tau marah orang. Aku kalau boleh nak maafkan semua orang. Tapi setiap kali teringat, aku jadi geram balik. Haaaa. Ada tak tips nak hilangkan rasa menyampah kat orang? Thanks.

No comments: