29 May 2012

Untuk awak yang nak berubah. Nak pakai tudung tu ;p

Seorang kawan baik saya menyatakan bahawa dia nak berubah. Dia nak mula berhijab.

Kitorang semua excited gila. Tapi dia kata dia takut. Takut tak boleh buat. Takut akan buka semula tudung. Takut nak mulakan. Takut semuanya. So hey ini entry untuk kau & juga orang lain yang takut nak mulakan pakai tudung. Mengikut pengalaman aku. Heheheh macam bagus.

1 - Sentiasa fikir positif. Memanglah leceh en mula-mula tu nak keluar kena cari tudung apa semua. Masa aku mula-mula tu, nak menangis weh aku kalau keluar rumah. Semua benda takleh pakai. Kalau freehair, terus sikat je rambut. Memang leceh. Tapi lama-lama kau takkan rasa apa-apa. Lama-lama kau akan rasa, alah takde benda ah.

2 - Setiap kali kau tengok cermin, kau cakap kat diri kau sendiri.. "Aku lebih comel macam ni dari freehair. Aku takkan bukak tudung balik". Lama-lama kau akan teringat sendiri.

3 - Memanglah masa mula-mula tu suka tipu-tipu. Contohnya, keluar malam tak pakai. Tapi lepas sebulan dua, kau akan rasa janggal kalau keluar depan rumah pun tak pakai tudung. Betul.

4 - Abaikan apa orang kata. Biar je. Kau tau apa kau nak. Kau tau apa niat kau. Jangan buat benda terpaksa, kau tak ikhlas, nanti kau akan bukak balik, percayalah. Aku dah banyak jumpa orang macam ni.

5 - Kau kena ingat, sekali kau pakai, kau akan pakai untuk selamanya. Jangan pakai kejap, tak pakai dah. No. Nak pakai, pakai terus.

6 - Orang yang suka hentam orang freehair boleh pergi terjun bangunan ke apa ke. Nasihat la elok-elok. Ajaklah dia cara elok. Takyah nak perli sangat. Bengong apa kau ni.

Dia juga kata, kalau dia pakai tudung, perlu ke dia ubah perangai dia sekali? For me, tak perlu tergesa-gesa. Buat satu-satu okay. Takyah nak hipokrit sangat. Jadi je diri kau camne sebelum ni. Tapi sikit-sikit kau berubah la ke arah yang lebih baik. Jangan nak drastik sangat amboi kemain.

Sekarang dia dah pun mula pakai tudung. Ya Allah. Sumpah cantik sangat wei kau pakai tudung. Teruskan niat baik kau tu. InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar. Aku baca tweets kau pasal kau malu semua orang tegur kau dah pakai tudung. Segan eh? Tapi sebenarnya jangan segan tau, sebab kau buat baik. Okay dear?

Dan untuk kawan saya itu, saya harap saya dapat membantu ketakutan awak tu. Kalau awak dah mula pakai tudung, insyaAllah awak akan rasa selamat & tenang. Hah lagi satu bolehlah join the club kan. Affat pakai tudung masa form three, aku masa form four, kau masa form five. Hahaha comel kan kita tiga!! Akhir sekali, wey kitorang always support kau okay! No worries. Bye!!!

6 comments:

Zul Han Na ^_~ said...

hey, alamak awak mmg kawan yang bagus ! tapi jangan pakai tudung je taw, kena tutup aurat . :)

betul tuu, kite spatutnya nasihat wanita2 free hair ni dengan cara yang baik :)

Hikaru Yui said...

couldn't agree more..

especially bab perangai tu.. ok je kalau nak buat perangai rock2 tp rock yg tutup aurat is much better..hehe contohnya lah =p

Wan_hazel said...

alhamdullillah..sgt gembira bila baca entri nie..Insya ALLAH segalanya bjalan lncar..

Fighting2 kasi taw kwan awak tu..

Cik Lilo said...

Han Na : Hehehe kita tolong dia je. Haah yes!

Yui : Yes. Heheh harap-harap dia boleh sesuaikan diri dia cam biasa

Wan : InsyaAllah. Btw dia baca entry ni. Thanks!!

.::WaNiE::. said...

bagusnye entry !

mmg kak wani memula pakai pun ramai org tegur, malu segan etc.

rasa leceh, kadang2 stress sbb tudung xnak bekerjasama ngn tuan hahaha

tapi kene kuat

Cik Lilo said...

Kak wanie : Haah! Masa mula memang malu semua ada kan hahahahah kita pun sama ^^ Yup kena kuat!