01 February 2012

Zaman form three

Hi semua orang! Tadi aku tengok lah gambar lama-lama masa zaman form three dulu. Zaman PMR. Zaman gila-gila. Tetiba rasa rindu. Well. Gambar tu semua yang kawan-kawan aku tag kat facebook. Rindunya! Seriously rindu! Paling best ada gambar masa graduasi KRK. Kitorang pakai jubah tu, naik pentas, ambik gambar semua. Then gambar kitorang dalam class. Seminggu dua sebelum PMR tengah study. Then gambar kitorang lepak kat kedai makan lepas study group petang. Rasanya masa tu best gila kot. Hari-hari bawak camera sebab nak ambik gambar punya pasal.

Then lepas PMR kitorang duk melepak sana melepak sini. Datang sekolah seminggu sekali je. Hari lain pergi lepak rumah kawan. Lepak rumah Affat dengan Dodo. Then kitorang gi mandi sungai. Masa tu ada Ayna, Fatin Syahirah, Maz Izzati, Affat, Jijad, Dodo, dengan aku. Best gila! Tapi takleh ah share gambar tu sebab tak pakai tudung lagi masatu. Hahaha kenangan habis. Then ada satu hari kitorang lepak rumah Affat, dah malam malas nak balik. Aku dengan dodo tidur rumah Affat. Best gila! Dodo kwang ajar sangat kejutkan kitorang tidur, dia hempas-hempas bantal kat kitorang. Selamba je masuk bilik kitorang.

Pastu lepak rumah Ayna. Tengok movie masatu. Borak-borak. Pastu kitorang semua lepak dalam bilik Ayna, guling-guling atas katil. Baling bantal dengan Jijad sampai aku tergolek. Then apa lagi eh? Lepak rumah Fatin, BBQ sampai pukul 12 malam baru balik. Ugh i'm forever fifteen. Hahah. Best gila ahhhhhhh. Then masuk form four semua pindah. Jarang dapat jumpa. Haritu pun Maz dengan Dodo datang rumah aku mengejut gila. Tetiba ada depan rumah dah.

Rindu okay nak stress macam dulu-dulu. Rindu sangat nak study sama-sama. Masa tu cikgu tak masuk class sangat, study sendiri je. Rindu gila okay! Tahun ni pun sama. Tahun ni tahun stress. Dan saya yakin, tahun depan kalau aku tengok gambar masa zaman sekolah mesti aku rindu lagi. Huh! Jadi aku nak simpan benda yang baik-baik je untuk tahun ni. InsyaAllah. Nak datang sekolah penuh. Nak menikmati sepenuhnya zaman sekolah yang bakal berakhir. Hahahahhaha.

Ehm well next week aku pergi holiday bebeh. Dengan family aku cousin makcik pakcik semua lah. Pergi pangkor je. 3 hari 2 malam. So have a nice day semua! Bye!

No comments: