03 February 2012

Feghaidehh.

Hai! Tadi en kitorang telah dimalukan di dalam kelas BM. Hahahahhaha memang bapak malu ah. Biasa ah dah duduk belakang, kadang tu fokus kadang tak en. Biasa ah tu. Dah pulak duduk berempat en. Me, Izzati, Athirah, Fatin. Memang borak jelah. Tadi Izzati Athirah Fatin berborak. Aku taktau diorang borak pasal apa en. Tapi masatu aku sibuk belek jam aku dengan kuku. Kira aku pandang belakang jugak la, pandang Athirah dengan Fatin. Tapi aku diam je. Tetiba en Azhar macam panggil aku.

Azhar : Wehhhhhhh! Cikgu cakap dengan korang la!
Me : Hah? *pandang depan* *cikgu tengah pandang kitorang* Kenapa ni?
Azhar : Cikgu cakap dengan korang tu!
Me : ............................................................


Then cikgu sambung mengajar. Kitorang memang taktau sebenda ah kan. Dia tengah huraikan isi karangan kat depan tu. Pastu kena buat ayat untuk karangan. Kumpulan aku yang keluar dulu. Dannnnnnn CIKGU KATA ISI KITORANG MATANG, BAGUS! Hahahahah bangga gila woi. Bukan senang dia nak puji tu. Kembang setaman hati kitorang berempat. Yelah tadi dah dimalukan, sekarang dah tak malu. Malu sekejap, bangga setahun bak kata Athirah.

Oh yaaaaaa aku ada PA tau sekarang. Tablemate aku la si Izzati. Hari-hari kerja dia uruskan life aku. Bukan aku mintak, dia yang nak. Hari-hari dia akan ingatkan aku pasal macam-macam.


"Weh nak buku hijau kau. (Buku hijau tu buku nota kecik aku) Nak tulis hw harini"


Yes! Hari-hari dia tuliskan hw apa aku kena buat. Dia siap tuliskan jadual kelas untuk aku, letak dalam pencil box. Pastu ingatkan aku pasal semua benda aku kena buat. Hahahaha best en dapat tablemate camni. Aku tak suruh pun dia buat semua tu. Dia yang nak. Terasa cam PA aku pulak.

Eh btw ada sorang junior form four ni handsome gila ah. Hahahahaha okay. Takde senior, junior pun jadi ah kan. Mentang-mentang dah form five. Tapi serious cam cool dia tu. Kelas dia sederet dengan aku je. Tadi masa balik aku, Ayie dengan Dodo tunggu kat bawah tu nak tengok dia turun. Dodo ah nak tengok sangat yang mana. Lama gila ah aku tunggu. Hehehe. Ala takpelah bukan aku minat pun. Jangan risau ah para perempuan sekalian.

K nak sambung packing barang. Bercuti. Bye!

2 comments:

budak coklat said...

bercuti ? waaa nak ikot ! :)

Cik Lilo said...

Coklat : Dah balik lah!