26 January 2012

Baju baby!!!

Hai hai hai semua! Harini aku tak aktif sangat kat twitter, sebab tu korang tak nampak aku berlegar-legar kat timeline. Kalau tak memanjang jelah aku merepek. Hehe. Sorry. Semalam sempat lagi aku tweet pasal #TeamTelur and adalah juga yang respon nak jadi bendahari lah, setiausahalah, naib pengerusilah. Haha orang kat twitter semua sporting k. Macam satu family. Kat twitter pun ada sekolah tau, SMK TWITTERJAYA! Best kan best kan!!

Sebab tu siapa takde twitter kena sign up. Sebab best gilaaaaaaaaa dari facebook! Aku siap beli yang seringgit seminggu tweet via txt tu. Kalau aku keluar jalan-jalan pun still boleh tweeting tanpa rasa bersalah. Cool siot.

Oh ha! My mum dah beli barang-barang baby. Bukan semua lah, tapi adalah jugak beli baju sikit-sikit. Ramai tanya aku baby apa, entahlah. Aku pun taktau baby apa, my mum tak cakap. Setahu aku sekarang ni dah boleh tahu kan? Aku pun tak faham la ye aku tak pernah mengandung. Tengok baju baby yang kecik-kecik tu buat aku rasa excited pulak nak tengok dia lahir.

Dulu masa dapat tau my mum mengandung, aku tak bercakap pun dengan parents aku. Taktau nak rasa camne, excited? Sedih? Gembira? Menyampah? Semua ada. Yelah aku dah nak 17 kot. And aku ada adik lagi? Jauh gila en beza kitorang. So aku takleh terima. Tapi lama-lama aku cam dah okay, boleh terima and now i'm so excited yo! Nama pun kitorang dah pilih kalau perempuan, kalau lelaki, tak fikir lagi nama. Yang pasti perempuan nama mula Izaan, lelaki mula Izib. Kalau baby girl, Izaan Mia Zahra. Omey tak omey tak?!!! Hehe.

And nak lebih best lagi, baby nanti lahir bulan 3 kot. InsyaAllah. Akhir bulan 3. Jangan sama birthday dengan aku sudah. 29 March. Haha! Semua adik-beradik aku lahir bulan 3 wehhhhhh cool kan. Abangah je bulan 6, tersasar sikit. Caca dengan adik bulan 3 cam aku. Baby pun insyaAllah bulan 3 :) Baby nanti taktau panggil apa. Sebab kitorang takde panggil gelaran pun. Macam me, kakak mim, abangah, caca, adik. So takkan nak panggil adik jugak, keliru la dengan adik aku nombor 4 tu. Kita panggil baby jelah. Hahahaha.

Okay sekian sahaja. Panjang pulak cerita pasal baby ni. Excited okay. Bye!!!

5 comments:

INTANPAYUNG said...

Heyy. Senasib la kite. Harhar. Dah 17 nak dapat adik baru. Feelings bile dapat tahu pun same. Macam ape je kann bile fkir balik.

Cik Lilo said...

Intan : Sep sep sep! Memang semua orang rasa camtu ah >.< Tu ah rasa berdosa en bila ingat balik kita rasa camtu

budak coklat said...

alolo comel dapat adik. mesti comel macam kakak dia ni kann

aqilah mazalan said...

kena belajar buat susu ke kakak mim? hihi, kot2 parents tkda rumah baby pula menangis nak susu, hihi :P

Cik Lilo said...

Budak coklat : Amboi baby memang comel.

Kak Aqilah : Alah buat susu senang kacang je!